PUREEN SALE datang lagi!!!!kalau ikut pengalaman kwn2, pureen sale ni mmg hebat...harganya mmg murah berbanding di pasaran. Tapi keadaan tu mmg sesak...dalam keadaan sibuk nak uruskan konvo di kolej, aku pun curi2 masa untuk pergi ke pureen sales yg diadakan pada 24 & 25 Nov 2012 di Summit Co Sdn. Bhd.
Ni first time kami suami isteri nak shopping barangan baby walaupun aku baru 5 bulan mengandung. perut pun tak nampak lagi...tapi semangat berkobar-kobar nak bershopping tu tetap ada. Kami pergi 2 hari berturut-turut. Pada hari pertama, pergi pun dah petang. So, survey barang2 n harga jerlah...lg satu mmg tak tau nak beli ape...al maklumlah, first time kan...so, hari tu tak beli ape2 pun...
My hubby n I balik umah pujuk ummi ( mak mertua) untuk ikut serta esok..sebab yg pertama, aku tak tau nak bli ape..nasib baik ummi setuju nak ikut serta. Pada keesokan pagi, kami sampai kat Pureen sale dlm kul 10.15pg.... Orang ramai dah mula membanjiri Pureen Sale tu....Ummi pun terkejut tgk barang kat sana murah dari pasaran. Apa lagi, sesi mengambil barang pun bermula..start dari bahagian pampers, barangan mandian, napkin, changing mat, wet tissue, maternity pad, botol susu, akhirnya bahagian baju....
Kami pilih2 baju dari satu rak ke satu rak...Orang mmg ramailah.....bersesak nak pilih baju......So, apa yang kami buat ialah ambil jer baju mana yg berkenan. lps tu, barulah kami duduk di suatu sudut n pilih2 baju mana yg berkenan. ada yg sama warna, ad yg terlalu kecil....Selepas selesai sesi pilih memilih, akhirnya 14 pasang baju yg berkenan di hati...oleh kerana aku tidak tahu jantina baby ku ini, maka tiada pun baju yg bewarna pink walaupun terasa geram sgt baju2 baby perempuan. Aku juga beli towel baby 2 helai. murah jer , RM10 sehelai...bli jgak bantal baby,blanket, towel kecil, mittens and booties.
sesi pilih memilih baju disini....
my hubby macam penjual bajulah plak...
Akhirnya 2 beg biru penuh dgn barang2 baby....my hubby pening tgk org ramai sgt kat sini, lgpun dia bukan suka tempat yg ramai2 org ni...berbeza dgn aku, mmg suka kat tempat bersesak.hehehehe...So, kami pun pergi ke kaunter bayaran. nasib baik tak beratur panjang. semuanya habis dlm RM 400++. dah hampir 60% barangan baby dibeli kat sini.rasa penat sgt hari tu.... kl ad pureen sale lagi, mmg nak dtg lagi..berbaloi2 kl pergi.
barangan mandian...bedak pureen 3 botol hanya RM9.00
berbagai saiz botol susu yang dah dibeli
sepasang hanyalah RM 15...berbaloi kan.....
sepasang RM 10
RM 15 sepasang....