Terasa
rugi plak tak upload gmbr2 untuk hantaran tunang & kahwin aku. At
least bila aku upload dlm blog, aku boleh share dgn kengkwn yg lain dan
yg paling penting ad dlm simpanan blog aku. Sblm ni tak sempat nak
update blog. bila waktu terluang nilah aku nak update yg mana aku rasa
penting.lgpun blog ni mcm diari aku...Zaman sekarang dah makin banyak
gubahan hantaran yang cantik2. Kl ada masa, gubah sendiri jer. Lg
jimat dan puas hati daripada tempah.kl tempah mmg beratus-ratuslah.ms
tunang dl, mak cik aku yg tlg gubah sbb aku mmg fail bab2 menggubah.Dahlah kami ad ms seminggu jer utk persiapan tunang. ni. ni diantara gubahan tunang daripada pihak perempuan.
 |
Towel |
 |
Pulut kuning |
 |
Sejadah |
 |
Kain pasang bj melayu |
 |
Dodol |
 |
Buah-buahan | |
 |
Puding |
 |
kek coklat |
 |
Kain pelikat |
 |
T-shirt |
 |
cincin + sireh |
Jadi,
dr pihak perempuan semuanya 13 hantaran...geleng kepala umi tgk byk sgt
hantarannya. Pihak lelaki pun berbalas 11 hantaran. temanya adalah
hijau...
 |
Towel |
 |
Buah-buahan |
 |
Jam tangan |
 |
Sejadah |
 |
Telekung |
 |
Potpuri |
 |
Cincin |
 |
Sireh Junjung |
 |
Kek + coklat |
 |
Buku motivasi + kain songket
Dah
siap utuk hantaran pertunangan. sekarang nak upload hantaran
perkahwinan kami pulak. sebelah pihak aku, pengantin perempuan memilih
tema pink. |
Sekarang kita tgk plak hantaran daripada pihak lelaki...Pihak lelaki pun bawa 15 hantaran. ...Temanya warna purple
 |
Handphone Nokia |
 |
Set mutiara |
 |
Buah-buahan |
 |
Set baju persalinan |
 |
Cupcake |
 |
Coklat |
 |
Set alat solek |
 |
Telekung |
 |
Kain pasang |
 |
Set minyak wangi |
 |
Sireh junjung |
 |
Kasut |
 |
Sejadah |
 |
Handbeg & Purse |
 |
Potpuri |
Majlis akad nikah diadakan sehari sebelum majlis bersanding. So, masa majlis akad nikah pihak lelaki bawa 3 hantaran.
 |
Al-quran |
 |
Mas kahwin |
 |
Gelang tangan |
TIP PEMILIHAN HANTARAN
1.Pastikan warna alas dulang atau
dulang sesuai dgn bunga hantaran yg dipilih,untuk pengetahuan anda,alas dulang
dan hiasan tidak perlu dr tone warna yg sama,jika anda inginkan dekorasi yg
menyerlah,pemilihan warna yg kontra juga elok.
2. Barang hantaran yg dipilih perlu
sesuai dgn warna bunga , warna alas dulang,saiz dan bentuk gubahan.
3. Cuba elakkan penggunaan double tape dlm gubahan hantaran untuk mengelakkan
barang jadi rosak.
4. Untuk memudahkan anda membuat
pembentukan reben hiasan gunalah reben yang berdawai ditepi dan bersaiz besar.
5. Jika anda menggunakn bunga segar
pastikan span basah dicelup air dan dibalut dulu.
6.Seimbangkan pemberian hantaraan
barang dgn makanan.contohnya jika anda inginkan 9 dulang hantaran jadi 3
hantaran boleh dalam bentuk makanan/manisan dan 6 dulang lagi dlm bentuk
barang-barang yg lain.
7.Dekorasi hantaran yg membentuk
makanan hndaklah diletakkan di dlm bekas makanan yang bertutup dan elakkan dr
terdedah.elok sekiranya diletakkan didalam kotak plastik lutsinar.
8.Bagi memastikan dekorasi hantaran
anda elok dan cantik elakkan susunan bahan yg terlalu tinggi .
9. Jgn sesekali lupa untuk membuang
tape harga pada barang seblum mmbuat dekorasi hantaran.
10. Perbincangan antara kedua2 belah
pihak amat pnting dalam pemilihan jenis,warna,dan bilangan hantaran.
11. Pastikan kedua2 belah pihak
menggunakan dulang yang sama tinggi atau dulang yang sama rendah.
12. Seeloknya pemilihan warna pada
hantaran berbeza antara kedua2 belah pihak .
13. Elakkan penggunaan bunga segar
sekiranya perjalanan ke majlis penikahan yang jauh.