Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Faktor-faktor di bawah ini boleh dijadikan panduan untuk pasangan yang mahu memilih jantina mengikut kaedah semulajadi iaitu :-

Faktor Makanan


Untuk mendapatkan anak perempuan, suami harus membanyakkan makan makanan beralkali. Manakala isteri pula perlu mengambil makanan yang berasid. Jika anda mahukan anak lelaki, pihak suami perlu makan lebih banyak makanan berasid dan isteri mengambil banyak makanan beralkali.

Makanan beralkali terdiri daripada makanan seperti sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya. Makanan berasid pula boleh didapati daripada makanan seperti daging, makanan laut dan lain-lain.

Faktor Masa

Selalu melakukan hubungan intim sebelum datang haid boleh membantu anda mendapatkan anak perempuan. Tetapi jika anda lakukan perkara sebaliknya iaitu bersama selepas sahaja selesai haid, anda mungkin akan mendapat anak lelaki. Untuk memastikan waktu pilihan anda adalah tepat, kira seminggu awal atau seminggu selepas kedatangan haid.

Faktor Kedalaman

Suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri jika mahukan anak perempuan. Namun lakukan sebaliknya jika ingin mendapatkan anak lelaki. Alasan? Gen X (Lelaki) dan Gen Y (Perempuan) mempunyai ciri yang berbeza.

Faktor Kemuncak

Faktor kemuncak pun penting dalam cara memilih jantina. Untuk mendapatkan anak perempuan, suami perlu sampai ke kemuncak dulu sebelum isteri. Hal ini kerana ketika isteri sampai ke kemuncak, isteri akan mengeluarkan cecair berbentuk alkali. Tetapi jika sebaliknya iaitu suami sampai ke kemuncak selepas isteri, mungkin anda akan mendapat anak lelaki.

Faktor Persediaan (Isteri)

Isteri boleh membasuh vagina dengan menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air sekiranya mahukan anak perempuan. Jika anda mahukan anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina lebih beralkali.

Faktor Kedudukan

Siapa kata kedudukan ketika bersama tidak penting dalam pemilihan jantina anak? Suami di bawah manakala isteri di atas pula sedikit sebanyak dapat membantu pasangan memiliki anak perempuan. Jika kedudukan bertentangan iaitu suami di atas manakala isteri di bawah pula akan membantu mempercepat mendapatkan anak lelaki.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...