1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi
itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang
lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam.
Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk
merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu
menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang
kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.
Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain
selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air
masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby
mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan
mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat
pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan
perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan
Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam)
sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh
doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan
nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah
hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap
rambut bayi, cium bayi.