Pada hari ini, kami akan ke Hospital Serdang untuk melawat Faiz, pakwe Angah. Dah hampir seminggu Faiz berada di hospital kerana denggi. Dahlah satu hari dimasukkan ke ICU kerana platletnya rendah sgt2. Angah kat Kelantan risau sgt kat pakwenya. Siap suruh masak sup ketam kerana katanya sup ketam elok utk penyakit denggi. Aku pun ketam bunga kat giant dgn harga RM 24.90/kg. Aku cari ketam nipah tapi mmg susah nak jumpa. Aku beli dalam 4 ketul ketam.So searchlah kat internet mcm mana cara nak memasknya. So, terjumpa satu resepi utk memasak sup ketam yg simple. Biasanya sup ketam mkn skali dgn nasi putih dan air 100 plus pada waktu pagi, tengahari, petang dan
malam.. di samping ubat-ubatan hospital...Berkat doa dan tawakkal, InsyaAllah sembuh.
Antara bahan-bahannya:
- 2 ekor ketam segar @ ketam nipah
- 4 ulas bawang putih ( ditumbuk )
- 1 ulas bawang merah kecil ( ditumbuk )
- 1 batang serai ( diketuk )
- 6 biji lada hitam ( ditumbuk )
- 3 gelas air
- sedikit garam dan gula mengikut citarasa
Cara membuatnya :
- Tumbuk lada hitam, bawang putih dan bawang merah biar hancur.
- Basuh ketam dengan bersih ( buang isi perut yang kotor )
- Masukkan air ke dalam periuk, apabila air sudah mendidih masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
- Selepas itu masukkan ketam dan kacau, biarkan seketika.
- Masukkan pula serai dan sedikit garam, gula mengikut citarasa.
- Biarkan mendidih dan balik-balikkan ketam agar masak.
- Bila isi ketam sudah masak, bolehlah ditutup api gas.
- Selamat mencuba tanpa menggunakan minyak.
Ada satu lagi penawar untuk
demam denggi ialah dengan meminum air 100 plus...kerana di dalamnya mengandungi
kandungan isotonik yang boleh menguatkan badan yang lemah.....dan perlu juga
mendapat nasihat doktor ya...
Caranya : buka penutup botol selama
setengah jam biar gas air tersebut keluar...lepas tu bolehlah di
minum...amalkan setiap hari...sebelum minum tu...bacalah Al-Fatihah 1 kali,
ayat Qursi 1 kali, 3 Qul 1 kali dan kalau tahu doa tolak bala lagi bagus baca
semasa hendak minum...kalau orang sakit tak mampu nak baca, maka orang yang
sihat le kena tolong bacakan...kerana setiap penyakit ada ubatnya...semuanya
kena banyak bertawakkal kepada ALLAH....satu lagi petua ialah buat air
yassin...iaitu baca surah Yassin 3 kali ke dalam air mineral dan tiupkan di
air...mesti yakin...buat minum pada yang sakit demam denggi...Insyaallah dengan
izin ALLAH panjang umur...
![]() |
Sup ketam hasil air tgn ku |
KAJIAN MENGENAI KETAM
Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi,
yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat
virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom
penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas
dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet
mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut
kepada pesakit.
Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak
dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat.
Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak
sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi
yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam
(500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang
mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam
sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.
Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang
cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya.
Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga
berkhasiat untuk tujuan ini.
Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang
diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu
lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga
dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali
bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang
mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya
mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang
denggi.