Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Pada 26 April 2014, aku pergi ke Pureen sales yg diadakan di Glenmarie. Aku mmg suka Pureen Sales kerana baju yg dijual sgt2 murah berbanding dgn pasaran. Kali ini aku pergi dgn Zila. Kesian plak nak bwk Aryan ke tempat sesak mcm ni. Tmbah2 lagi, Aryan dah blh jln. lglah ssh nak control. Kami sampai dlm pukul 9.30 pg. Pada ms ini, mmg parking penuh. Tempat parking pun jauh jgaklah. Semasa kami msk ke pureen sales, org sedang berebut baju. Pekerja pureen letak st kotak, terus berebut n habis. Aku pun join skalilah berebut baju. Zila tunggu kat tepi kerana terkejut tgk keadaan tu. Bapa2 pun turut sama berebut. 

Aku ambil jer semua baju yg dpt, tak kiralh bj lelaki ataupun perempuan. Aku terjumpa Syami kat sini jgak.Aku hanya pergi kat st rak jer. Yg rak lain tak pergi pun kerana bersesak dgn org. Org sgt2 ramai pada hari tu. Syukur aku tak bwk Aryan. Selepas berebut bj, kami memilih port yg sesuai utk sorted baju. St jer yg aku tak puas hati iaitu aku tak dpt baju belang n kasut utk Aryan.  Semaasa tgh sorted, aku pun memilih baju dari plastik beg org yang tak nak. alhamdulillah, aku dapat jgak kasut & sandle utk Aryan. Selepas itu, aku pun nak pergi semula ke bahagian baju. Bila sampai kat bahagaian baju, mmg tak dpt nak msk kerana org terlalu ramai n terlalu padat. 

So, aku pergi beli sabun mandi, puting, tisu basah, kain napkin,...rasa mcm nak tercabut tgn aku ni kerana sblm ni hubby yg bwk semuanya. Bila nak byr, beratur panjang plak. dah terhimppit2 dgn org depan. Kesian kat baby2 yg turut terhimpit. Hampir setengah jam jgaklah beratur nak bayar brgn yg dibeli. Dahlah suasaana panas, org ramai, bunyi baby2 menangis jer kat Pureen sales ni, tapi aku tak serik lg nak pergi. Sbb ap yg aku dapat sgt2 berbaloi.


Harga setiap sehelai hanyalah RM3.00. Satu pasang hanyalah RM6.00 sahaja. Berbaloikan???

Berbaloi tak kl aku bgtau sehelai hanyalah RM 3.00 sahaja. kl ikutkan pasaran, sehelai dlm harga RM 35
RM 12 sepasang
yg ni paling mahal iaitu RM 15 sepasang
Kasut= RM 10 sepasang. sgt2 murah. kl sandle warna coklat tu, hanyalah RM 3.00
Setiap satu barang, hanya bernilai RM 2.00

 Keesokkan harinya aku pergi skali lagi ke Pureen sales dgn hubby & Aryan. Mmg kami sampai awal n dpt parking btul2 dpn pureen sale. Tapi kali ini baju dah tak banyak pilihan dah. Aku bli 2 3 pasang jer baju.Tapi aku jumpa kasut kat satu rak. aku ambik semua yg ada kat situ.So inilah yg aku dpt sms hari kedua. walaupun kasut newborn tetapi aku ambil jgak kerana 3 pasang ini pun tak smapai RM10.

Rm3.00 sepasang

 Selain itu, aku borong jgak puting utk Aryan. sgt2 murah kerna satu hanya RM1.00. kami bli sampai 15 biji.


1 biji = RM 1.00







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...