Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

1. Kiriman Al-Fatihah

Apabila teringatkan anak, bacalah Al-Fatihah. Hajatkan perkara yang baik ketika " iyakanakbudu waiyakanastain ".

2. Bercakap dengan anak ketika anak tidur
Pandang wajah anak dan bercakaplah. Doakan perkara baik agar rohnya mendengar.

3. Solat hajat
Solat hajat dibilik anak. Supaya sentiasa dekat dengan anak

4. Minta dikasihani
Ucapkan setiap masa agar dia menjadi anak yang soleh, anak yang baik. Dia adalah bekalan kita di akhirat kelak.

5. Peluk anak selalu

6. Sentiasa memaafkan anak

7. Jaga tutur kata - kerana setiap kata adalah doa

8. Doa untuk anak
Baca ayat 40 Surah Ibrahim supaya keturunan tetap mengerjakan solat

9. Sentiasa mengingatkan anak agar menjadi anak soleh

10. Niat yang baik untuk anak- Niatkan begini semasa membasuh beras.

" Allah lembutkan hati anak ..... untuk faham agamanya sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. "Basuh beras lawan jam sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...