Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Mlm ini aku bertekad nak mengemas beg hospital baby. Al- maklumlah, kandungan sekarang dah 32weeks. Ni kira dalam keadaan berjaga-jagalah jgak...Beg hospital mama dah lama siap dikemas...Nanti papa kelam kabut kalau beg hospital baby blum dikemas. Skrang beg mama n beg baby dah siap sedia. Bakul dan termos pun mama dah sediakan...Papa cuma isikan yang mana perlu jer. Ini adalah checklist yang mama rujuk...Semuanya dah ada cuma barut jer yg mama tak masukkan lagi dalam beg kerana barut ada kat kelantan. Cik Ngah baru siapkan..


BEG HOSPITAL BABY

1) Pampers newborn - DONE
2) Baju siang / malam - DONE
3) Seluar siang / malam - DONE
4) Mittens & Booties- DONE
5) Bedung - DONE
6) Barut 
7) Topi - DONE
8) Selimut - DONE
9) Tuala mandi baby - DONE
10) Tuala muka - DONE
11) Napkin - DONE
12) Baby wipes - DONE
13) Baby Bath - DONE
14) Baby Powder - DONE
15) Baby Lotion - DONE
16) Baby Oil - DONE
17) Baby Shampoo - DONE
18) Minyak Telon - DONE
19) Vicks - DONE
20) Diaper Beg 



 Inilah beg pakaian baby..





Beg pakaian mama & baby...Papa cuma bawak jer ke hospital. Beg ni mama letak dalam bilik dl.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...