Pada hari ke-3, aryan kena kuning...aku mmg risaulah kerana kl kuning baby tinggi boleh menyebabkan kerosakan otak baby. skali lagi aku pergi hospital Selayang untuk check kuning Aryan...semasa ambik darah aryan, rasa sedih hati kerana bayi yg berumur 3 hari dicucuk jarum nak ambik darah tapi itu prosedurnya.
Bila check, kuning Aryan 198 bacaannya..,menurut doktor, kuning aryan tak tinggi sgt tapi still kena dtg lagi esok utk check kerana lusa aku dah nak balik kelantan...pada sebelah pagi, aku jemur jgak aryan kat cahaya matahari sekejap..Selain itu, aku titiskn ubat homoepathy kat baby kerana bapa mertua buka klinik homoepathy.
Aryan masa berumur 4hari..second day pergi klinik utk check kuning
Kali ketiga ke klinik utk check baby kuning
Keesokannya aku bawak aryan pergi ke klinik setapak untuk check kuningnya. skali lagi aryan kena diambil darah.. tapi aryan seorang anak yg kuat, sekejap jer nangis..alhamdulillah, kuning baby dah tutun sedikit kepada 196 bacaannya...bacaan kuning baby makin menurun pada keesokan harinya...aku berasa lega kerana mlmnya aku nak balik ke kelantan.
Diantara petua petua untuk menghilangkan kuning baby ialah :
- Mandi ngan ubat seng seh yang dibeli dari kedai ubat cina
- Mandi ngan air rebusan peria hantu
- Mandi ngan air rebusan pokok dukung anak
- Titiskan air anggur hitam kemulut bayi
- Titiskan air anggur hijau.