Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat
dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini
diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula
lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati
nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang
yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini
boleh di amalkan:-
♥Baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa,
mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.
♥Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah
ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga
♥Jika sering sakit mata, seperti berair,
gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x
pada mata
♥Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah
ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir
itu
♥Jika membacanya 1, 1000x rezeki kita akan bertambah
♥Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi
lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat
♥Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya
sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak
bersalah tetapi dizalimi