Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."



Semalam (25.1.2013) adalah hari lahir my hubby. Ini adalah kali kedua aku wish kat hubby. Al- maklumlah, kami berkenalan dalam satu jangka masa yang singkat,tidak seperti pasangan lain yg bercouple sehingga bertahun-tahun. Nasib baik aku adalah org yg pertama yang wish kat hubby, kl tak merajuklah my hubby seperti thn lepas. Kelakar jgak bila teringat kejadian thn lps, mmg aku ingat besday abg n mmg nak wish tepat kul 12tgh mlm...mestilah nak jadi org yg pertama, tapi aku tertidur plak mlm tu. 

Adik aku (Alang) yg jadi org pertama wish,lps tu mmg abg merajuk....aku pun rasa bersalah tapi nak buat mcm mn, dah tertido...So, thn ini aku tak nak kejadian yg sama berulang kembali..Lagipun ini adalah kali pertama aku wish besday abg sebagai suami isteri.

SELAMAT HARI LAHIR ABANG, SEMOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI. AYG DOAKAN SEMOGA HUBUNGAN KITA BERKEKALAN HINGGA KE SYURGA...AYG AKAN SENTIASA BERADA DISISI ABG DI KALA SUSAH ATAU SENANG. SAYANG ABG SELAMANYA....

Tiada kejutan atau majlis pun untuk birthday my hubby. Aku tak prepare semua tu kerana aku nak hold dl semua tu...nanti bila dapat gaji, barulah aku nak celebrate besday abg.. sori yer bang.hehehehe..nasib baik abg tak kisah....tapi mmg ayg akan celebrate besday abg ni...


mcm mnlah kl gaya rambut abg mcm ni???mmg ayg akan suruh botakkan kepala... tak sanggup tgk rambut mcm ni,....








Sekarang perutku semakin membulat. Masa umi n abah dtg kl, terkejut umi tgk perut aku..besar sgt...padahal ms tu aku baru nak msk 7 bln....kl ikut pengalaman umi dl, perut mcm ni dah 9 bln...aku tergelak jerlah..dah nak buat mcm mn umi, anak umi mmg besar. dahlah sepanjang mengandung ni lalu mkn.tak der alahan pun...

Semua baju kurung mmg tak blh nak pakai dah....dah dl buat baju kurung moden...semuanya ikut tubuh....lagipun, dah tak selesa pakai baju kurung..nak pakai yang longgar2 jer....so, pakaianku skrang adalah jubah..jubah plak ada 2 psg jer. So, kenalah pg membeli jubah lain untuk tambahan. pakai jubah mmg selesa +.perut membesar....ni antara gambar2 aku ms tgh pregnant ni...










Inilah salah satu baju uniform aku..cantik ke tak. Ini adalah hadiah daripada adik aku, Angah. Tapi mmg selesalah baju ini. Baby syg, mama dah pakai baju uniform ni...Mama tak sabar menunggu kehadiranmu syg..


Malam tadi aku n my hubby pergi menghantar abah ke stesen bas putra. Sebenarnya dari hari selasa lagi abah datang ke kl kerana ada kursus kat angkasapuri. Abah boleh jer naik skali dgn kereta pejabat tapi abah kata tak selesa kl naik kereta 5 org sekaligus. Sbb tu pergi dan balik abah lbih prefer naik bas.Setelah selesai kursus tu, terus abah nak balik umah. Jadi sebelum naik bas, kami pergi makan dl roti nan kat restoran mamak dekat dgn umah aku. Selepas itu, singgah kat umah aku dl utk sembahyang maghrib. Lgpun tiket abah kul 9mlm. jadi sempat lagilah nak pergi. 

Baru kali ini  aku dapat tgk dgn jelas hadiah jam tgn daripada kami adik beradik. Aku just bagi duit jer, Angah n Ahmad yang pilih n bli kat KB Mall...Mmg cantiklah jam ni..nmpk sgt exclusive. Harganya pun boleh tahanlah..Nasib baik kongsi 6 org, kl sorang tk mampu tu.Lepas rindu aku kat abah...mmg aku tgh rindu kat abah n umi..dah berapa lama aku tak balik kg..nasib baik abah n umi faham...tapi aku sesekali tidak melupakan abah n umi....merekalah tetap ada dlm hatiku walaupun aku dah kahwin..

   Abah mmg suka jam tgn warna emas...


Kami sampai kat stesen bas putra pada kul 8.30 mlm...Mmg ramailh org kat stesen bas ni..Al-maklumlah hari ni kan cuti maulidur rasul. n sesiapa yg ambik cuti esok, mmg lamalah cuti kerana bersambung dgn cuti Thaipusam hari isnin. Abah beli tiket bas Konsortium (Melayu-Klang), tak pernah plak aku dgr tapi abah ckp bas ni bas baru...Kami pun terus mencari bas abah tapi tak jumpa.. berjalan kesana ke sini tetap jgak tak jumpa bas abah...Bas dah byk yg berlalu tapi kami still mencari...aku tak lpskan tgn my hubby kerana aku rasa penat sgt2 dah. At least bila pgg tgnnya, aku dapat sokongan...

Abah dah mula menelefon kaunter tu...bila tanya driver bas lain, diaorg ckp tak der bas ni mlm ni...Akhirnya br terperasan yg tiket bas tu datang ke kl bukannya balik ke kota bharu...abah n my hubby pun terus pergi ke kaunter tiket utk mencari tiket bas lain. aku tk larat dah nak berjalan, duduk jer kat tempat duduk sana. masa tu dah pukul 9.30mlm dah. Akhirnya dapatlah tiket bas Darul Naim,bas tu dah bergerak dah pun. Then, bas tu berhenti kat tepi jalan sbb abah dah bgtau kat kaunter yg bas tu dah bergerak.Akhirnya abah dapat naik bas tu. Nasib baik dapat seat depan...Alhamdulillah, harap abah selamat sampai ke rumah...aku pulak rasa penat sgt2...balik jer umah terus tido..pagi tadi umi antar msg, abah dah sampai kul 5pg..


2 insan yang kusayangi....

 Perutku dah sama besar dgn perut abah ni..hehehe...sayang abah....



Jom kita buat checklist barangan keperluan baby...Skrang ak dah masuk 30 minggu...bila dah dlm keadaan skrang, beg mama n baby ke hospital dah kena prepare...kot2lah bila ada emergency angkut jer beg tu...tak derlah kalut hubby nanti..Nasib baik aku start shopping awal2 hari tu..masa aku mengandung dlm 5 bulan aku dah start membeli brgn baby, al maklumlah masa tu ada sales pureen.So, tak nak melepaskan peluang. Drpd sales tu dah hmpir 60% dah bli barangan baby... Kl skrang nak berjalan bersesak pun dah rasa tak larat..perut dah makin membulat..So kpd mommy to be yg lain, up to u lah bila nak beli brgn baby. kl ikut pantang larang, bli lah masa usia kandungan 7-8 bulan.

Cara aku n my hubby membeli bukannya sekaligus, tapi sedikit2...al- maklumlh semua tu kan pakai duit...Kl beli sekaligus, pokailah kami...Setiap bulan kami mesti ada budget utk baby...Aku pun kerap search kat internet utk sales baby, sbb kl kita bli kelengkapan baby ms sales, mmg berbaloi....boleh jimat pada ms tu...So skrang dah hampir 80% dah siap brgn baby...nanti bulan 2, kami akan cukupkan barangan baby yg tidak cukup tu....Aku simpan barangan baby kat dalam container pink ni...sng nak angkut ke mana2..lgpun masa pantang, aku akan berpantang kat umah aku kat kelantan...



Yang ada dalam plastik tu adalah baju, napkin, blanket, bath towel yang nak di basuh....

KEPERLUAN BABY ( PAKAIAN)

1) Bakul pakaian bayi- nak beli yang ada renda2 kat tepi bakul. ni nak cari kat kelantan
2) Baju Lengan Panjang- DONE: 5 helai
3) Baju Lengan Pendek- DONE: 14 helai
4) Seluar Panjang- DONE: 12 helai
5) Seluar pendek- DONE: 4 helai
6) Rompers- DONE: 3 helai
7) Mittens & Booties- DONE: 11 psg
8) Bonnet @ Topi- DONE: 5 helai
9) Baby Bip-DONE: 2 helai
10) Barut- mak mertua akan beli kat Terengganu. Selain itu jgak, aku tempah kat Cik Ngah kat Kelantan.
11) Bedung



DIAPERING

1) Napkin- DONE: yang ni aku bli satu paket jenama PUREEN . semuanya ada 12 helai.
2) Baby pin- tak bli pun.
3) Diapers @ lampin pakai buang- DONE:yang ni aku bli yang jenama PUREEN. tapi rasanya aku nak bli jgak tambahan yang lain...mintak2 lah anak mama ni sesuai dgn pampers yg murah..huhuhu
4) Wet tisssue- DONE: yang ni mmg aku bli byk..aku bli jenama PUREEN.
5) Changing mat- DONE: yang ni mmg penting kerana untuk lapik atas tilam.
6) Nappy liners- DONE
7) Baldi dan bakul untuk lampin / baju kotor- yang ni tidak perlu kerana umah umi dah byk besen atau baldi. 
8) Detergent khas pencuci baju
9) Botol sembur air- yang ni blum beli lagi. tgk keadaan dl mcm mn. kl perlu, masa tgh berpantang pun boleh beli.





BABY CARE & GROOMING

1) Bakul Barang Mandian- DONE: ambik yg sedia ada jer
2) Baby Bath-DONE
3) Baby Shampoo- DONE
4) Baby Powder- DONE- jenama PUREEN,yg ni aku bli kat PUREEN sales...murah jer, 2botol besar n 1 botol kecil hanyalah RM9.00
5) Baby lotion- DONE
6) Baby oil - DONE
7) Tab Mandian Bayi - DONE: bli warna biru..
8) Tuala mandi- DONE: dah sediakan 4 helai.
9) Tuala muka- DONE: ad 2 helai.kl tak cukup, blh bli lagi dalam pantang.
10) Bakul Barangan Grooming &Health Care - DONE: yg ni aku ambik bakul hantaran yg aku bg kat hadiah.guna balik jer..kan jimat kat situ....
11) Minyak Telon- DONE: beli 2 botol. Ingatkan nak bli minyak yuyi tapi hebohkan kat internet tidak halal. So, was-was nak guna...
12) Nappy rush cream - DONE- beli jenama bepathen dan melamine....kl yg bepathen blh jgak guna sbg nipple cream. 
13) Vicks- DONE
14) Methylated Spirit- Alcohol 70%- cuci pusat sebelum luruh: kebiasaannya yang ni dibekalkan oleh hospital.
15) Gripe water / Colic water (untuk kembung perut bayi)- yang ni aku tak tahu apa..
16) Gunting Kecil - DONE
17) Pemotong Kuku- DONE
18) Nasal Aspirator - yang ni mmg penting untuk baby ketika baby kena selsema. yang ni dah masuk senarai yang akan dibeli.
19) Termometer
20) Sikat / Berus Rambut
21) Toothbrush
22) Cotton Bud  - DONE: baru ku tahu cotton bud utk baby n yg biasa kita guna adalah berbeza

23) Cotton ball  - DONE




BARANGAN BREASTFEEDING

1) Botol Susu - DONE
2) Puting - DONE
3) Berus pembersih botol - DONE
4) Penyepit botol -Tidak perlu
5) Sterilising tablet -Tidak perlu
6) Cecair pencuci botol - DONE: yang ni penting untuk membersih botol baby.dah bli jenama PUREEN. dapat dgn harga yang murah semasa PUREEN sale.
7) Breast Pump Set - Di antara barangan yang  akan di beli..
8) Cooler Bag Set - Tidak perlu
9) Warmer (tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh)DONE
10) Bottle SterilizerTidak perlu
11) Storage Bottle - Belum beli lagi..dah termasuk dlm list yg belum dibeli
12) Nursing Cover - Tidak perlu
13) Nursing Bra 
14) Nursing pad washable- Nanti nak beli Washable Nursing Pad jenama Fiffy
15) Nursing pad disposal -DONE: Disposable Nursing Pad jenama Bebe
16) Termos- DONE: yang ni guna yang dah sedia ada..

**Note:

Puting Botol Susu

Size S – 0 – 3 bulan
Size M – 3 – 6 bulan
Size L – 6 – 12 bulan
Size XL – 12 bulan ke atas
Puting X – 6 bulan ke atas (tak tumpah)



NURSERING- KEPERLUAN TIDUR BABY

1) Set tilam - yang ni ummi (mak mertua) yang akan belikan set tilam kekabu. So, tunggu jerlah
2) Extra tilam nipis bear - yang ni aku akan beli secara online. mmg aku teruja tgk set tilam bear ni. nati bolehlah guna semasa baby tidur dgn kami nanti. Nati bila aku dah beli, aku postlah kat blog. tapi mmg comel n cute gt.
3) Comforter - DONE: yang ni aku dah beli 2 helai. satu yg ada topi, satu lagi yg biasa.
4) Kelambu - yang ni cik ( mak cik) aku suruh bli kat kelantan jer bila baby dah lahir.
5) Baby cot @ play pen- yang ni tak beli pun lagi..sbb tak pasti nak beli ke tak..tgk atas keperluan nati.

BARANGAN ASAS UNTUK MAMA

1) Set Selepas Bersalin - Pada mulanya nak beli set bersalin jenama HPA. Tapi lps aku search kat internet, aku tertarik plak dgn set bersalin SHAKLEE. aku rasa nak cuba set bersalin SHAKLEE yg trial set.. harganya hanya RM100.yg ni bli online jer.
2) Bengkung - yang ni Cik Ngah yang akan jahit...
3) Baju Sejuk - DONE: mak mertua ada belikan sweater oren yang besar.
4) Tungku Moden - tak perlu kerana dah ada kat umh mek.lgpun biasanya kat kg, tukang urut yang akan bawakkan tungku..lgpun tungku skrang dah tak berapa panas.
5) Selipar - DONE
6) Kain Batik - DONE: pakai yang sedia ada...
7) Pad (Extra Long)- DONE: maternity pad dah beli jenama PUREEN. ada 2 paket.
8) Stoking- DONE: ada 3 psg stoking tebal
9) Minyak urut- DONE: beli minyak Mestika


KELENGKAPAN LAIN

1) Stroller- yang ni akan di beli lps berpantang nanti..tapi tak tahulah kl2 terbeli bila pg shopping nanti.
2) Car seat 
3) Baby carrier
4) Diapers bag
5) Mainan untuk play pen
6) Bouncer


BEG HOSPITAL MAMA

1) Buku Rawatan Merah - LAST MINUTE
2) Kad Pengenalan - LAST MINUTE
3) Guarantee Letter - LAST MINUTE
4) Telefon Bimbit - LAST MINUTE
5) Kamera - minta2 lah my hubby teringat kan kamera...
6) Baju / T-Shirt - DONE
7) Kain Batik - DONE
8) Tudung / Skaf - DONE
9) Stoking- DONE
10) Baju Dalam / Seluar Dalam- DONE
11) Tuala Muka- DONE
12) Peralatan Mandi- DONE
13) Tuala Mandi-DONE
14) Bedak-DONE
15) Sikat-DONE
16)  Maternity Pad - DONE
17) Pad Biasa
18) Breast Pad- DONE
19) Baju Sejuk- DONE
20) Selipar- DONE
21) Beg Plastik Baju Kotor - DONE
22) Minyak Angin / Urut - DONE
23) Beg Pakaian - DONE
24) Getah rambut - DONE
25) Disposable panties (1set)

**Note:
Jangan lupa bawa baju yang akan digunakan untuk pulang ke rumah(bawak la yang lawa skit..and pilih yang longgar dan butang di depan -Mudah Untuk Menyusukan Bayi)




BAKUL HOSPITAL MAMA

1) Air Selusuh
2) Air Zam-Zam
3) Makanan / Minuman( biskut/roti/milo segera)
4) Termos Panas
5) Majalah / Buku / Al-Quran
6) Tisu
7) Bakul- Bakul dah disediakan. nanti hubby yg akan mengisi bakul ini.

Yang ini nanti my hubby yang kena isikan...ayg dah sediakan bakul tu..hehehe


BEG HOSPITAL BABY

1) Pampers New Born
2) Baju Siang / Malam (panjang)
3) Seluar Siang / Malam (panjang)
4) Mitten & Booties
5) Bedung
6) Barut
7) Topi 
8) Selimut
9) Tuala Mandi Baby 
10) Tuala Muka 
11) Baby Wipes 
12) Baby Bath 
13) Baby Shampoo
14) Baby Powder 
15) Baby Lotion
16) Baby Oil 
17) Vicks 
18) Minyak Telon
19) Diaper Beg
20) Napkin

** NOTE: Beg baby ke hospital blum kemas lg...nanti mama kemas yer, baby syg...


Pagi ni terasa nak makan kuih  cek mek...ni gara2 dengar cerita syami lah ni...terkebetulan ubi keledek rebus semalam ada lebih lagi...so, menyenangkanlah keje aku..lgpun kat kl ni ssh sgt nak jumpa kuih yg kena selera aku...kuih yg kat kelantan jgak yg sedap n kena selera..bila teringin nak mkn, kenalah buat sendiri...So, aku pun tumbuk lah ubi keledak yg dah direbus tu...pastu masukkan tepung gandum n telur..

Lps tu, gaul dgn tgn sehingga sebati..bentukkan bulat2, bila nak goreng, br masukkan gula dan betukkan agar jadi bujur.simplekan nak buat...sbnrnya membuat kuih ni senang jer cuma kena rajin jer...kl dah rajin skit, blh lah mkn.....kl nak tunggu org yg buatkan, alamaknya mmg tak mknlah....kl bujang dl, terasa nak mkn ape, order jer kat umi..umi masak mmg the best,,skrang dah kahwin, segalanya buat sendiri..kl tak tahu, telefon umi n tanya resepi..tulislah dlm sebuah buku.....



Jeng2x, inilah hasil cek mek molek hasil buatanku. Aku pun tak tahu my hubby pernah makan ke tak...kita tgklah nanti my hubby mkn ke tk...
Hari ini adalah hari membasuh baju2 baby...sebenarnya dah lama dah nak basuh baju baby tapi selalu tertangguh. tapi hari ni tekad kena buat jgak memandangkan ampaian kosong.....lagipun aku dah msk 29 minggu....pada masa ni beg dah kena disediakan..manalah tahu kalau ada emergency ape2....beg untuk mama nya dah siap kemas minggu lps.....beg barangan baby yg blum kemas lagi....Ni beg mama ke hospital...






Sesi membasuh pun bermula....mmg agak penat sbb aku bukan basuh pakai washing machine....Walaupun penat, tapi aku puas hati melihat baju baby yg sudah siap dibasuh....Mak mertua ku pun teruja tgk baju2 n kelengkapan baby yg sudah siap digantung selepas dibasuh....Bak kat ummi, rasa macam dah ad cucu....

My hubby pun teruja tgk baju baby yg tergantung kat ampaian....Bila dah kering, esok mama akan lipat baju baby n prepare beg baby plak yg akan di bawa ke hospital...kl tak disediakan, kalut nanti papa nak menyimpannya...mama dah blh imagine mcm mn keadaan papa menyimpan nanti...baik mama prepare awal2...





Sekejap lagi mama nak buat checklistlh plak....Checklist barangan baby..kl ad yang tertinggal, sempat lagi nak beli....


Ada baby sales lagi kat Bandar Sunway...aku pergi hari ahad ( 6/1/2013). targetku hari ini adalah melengkapkan lagi barangan baby. Nasib baik hubby setuju nak pergi sales ni. Tapi agak jenuh jgaklah nak mencari tempat ni. mmg kami berpusing2 kat bandar Sunway tu. Lebih kurang 1 jam jgak kami berpusing-pusing. Bila tiba kat tempat tu, tak derlah sesak mcm kat Pureen sale. Lengang jer tempat tu. Sales ni tak derlah best mcm kat Pureen...barang pun tak derlah byk sgt...Mungkin sebab kami pergi dah last2 sale.....




Ingatkan nak cari blanket and towel...pastu tak jumpa plak yg sesuai...pusing punya pusing, kami pun jumpalah rompers 3 helai...pastu kami banyak borong booties and mitten...sbb yg tu kena ada banyak...Kan baby nanti byk muntah2....So kenalah tukar2 selalu. aku pun beli jgak bip warna biru..Dalam tak banyak pun barang yg di beli, hbs jgak RM 100 kat situ..
Ni diantara barang kat warehouse sale ni






Setiap pasang baju jenama anakku ini berharga RM10..berbaloi kan???bagi aku mmg berbaloi baloi....kalau kat supermarket, brplah spsg...tak dapat dgn harga RM10....btul tak...


Yang ni my hubby yg pilih...kami tak tahu lagi jantina anak kami....jadi aku ambik baju yg  boleh dipakai oleh baby boy atau baby girl...my hubby geram sgt sbb comel...yg ni hanyalah RM5.00 jer


                              Baby bip hanyalah RM5.00


 Selepas bershoppping kat warehouse sales ni, kami singgah kat Mydin. Kat sana kami beli minyak telon- RM8.00, minyak mastika, vicks...Aku pun cari blanket pureen satu lg...lps tu singgah sekejap kat guardian untuk beli bepathen untuk nappy rush cream + nipple cream and calamine cream & lotion. Aku terjumpa nursing pad disposal Bebe yg ad paket free untuk 20 pad.






Skrang dah hampir 80% kelengkapan baby dah beli....Nanti bulan 2 kita lengkapkan barang yg blum lengkapr yer...lgpun skrang dah 6 bln lbih....oleh kerana bajet pun ciput je, so beli sikit2lah mcm ni........So far, dah tak byk yg nak bli.....

PUREEN SALE datang lagi!!!!kalau ikut pengalaman kwn2, pureen sale ni mmg hebat...harganya mmg murah berbanding di pasaran. Tapi keadaan tu mmg sesak...dalam keadaan sibuk nak uruskan konvo di kolej, aku pun curi2 masa untuk pergi ke pureen sales yg diadakan pada 24 & 25 Nov 2012 di Summit Co Sdn. Bhd.

Ni first time kami suami isteri nak shopping barangan baby walaupun aku baru 5 bulan mengandung. perut pun tak nampak lagi...tapi semangat berkobar-kobar nak bershopping tu tetap ada. Kami pergi 2 hari berturut-turut. Pada hari pertama, pergi pun dah petang. So, survey barang2 n harga jerlah...lg satu mmg tak tau nak beli ape...al maklumlah, first time kan...so, hari tu tak beli ape2 pun...

My hubby n I balik umah pujuk ummi ( mak mertua) untuk ikut serta esok..sebab yg pertama, aku tak tau nak bli ape..nasib baik ummi setuju nak ikut serta. Pada keesokan pagi, kami sampai kat Pureen sale dlm kul 10.15pg.... Orang ramai dah mula membanjiri Pureen Sale tu....Ummi pun terkejut tgk barang kat sana murah dari pasaran. Apa lagi, sesi mengambil barang pun bermula..start dari bahagian pampers, barangan mandian, napkin, changing mat, wet tissue, maternity pad,  botol susu, akhirnya bahagian baju....

Kami pilih2 baju dari satu rak ke satu rak...Orang mmg ramailah.....bersesak nak pilih baju......So, apa yang kami buat ialah ambil jer baju mana yg berkenan. lps tu, barulah kami duduk di suatu sudut n pilih2 baju mana yg berkenan. ada yg sama warna, ad yg terlalu kecil....Selepas selesai sesi pilih memilih, akhirnya 14 pasang baju yg berkenan di hati...oleh kerana aku tidak tahu jantina baby ku ini, maka tiada pun baju yg bewarna pink walaupun terasa geram sgt baju2 baby perempuan. Aku juga beli towel baby 2 helai. murah jer , RM10 sehelai...bli jgak bantal baby,blanket, towel kecil, mittens and booties.


sesi pilih memilih baju disini....


                          my hubby macam penjual bajulah plak...

Akhirnya 2 beg biru penuh dgn barang2 baby....my hubby pening tgk org ramai sgt kat sini, lgpun dia bukan suka tempat yg ramai2 org ni...berbeza dgn aku, mmg suka kat tempat bersesak.hehehehe...So, kami pun pergi ke kaunter bayaran. nasib baik tak beratur panjang. semuanya habis dlm RM 400++.  dah hampir 60% barangan baby dibeli kat sini.rasa penat sgt hari tu.... kl ad pureen sale lagi, mmg nak dtg lagi..berbaloi2 kl pergi.


                               diantara barangan yang dibeli....


            barangan mandian...bedak pureen 3 botol hanya RM9.00


                       berbagai saiz botol susu yang dah dibeli


                    sepasang hanyalah RM 15...berbaloi kan.....


                                              sepasang RM 10


                                          RM 15 sepasang....

       Sepasang RM10. mmg berbaloi..ni antara baju yg telah dibeli









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...