Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Malam tadi aku n my hubby pergi menghantar abah ke stesen bas putra. Sebenarnya dari hari selasa lagi abah datang ke kl kerana ada kursus kat angkasapuri. Abah boleh jer naik skali dgn kereta pejabat tapi abah kata tak selesa kl naik kereta 5 org sekaligus. Sbb tu pergi dan balik abah lbih prefer naik bas.Setelah selesai kursus tu, terus abah nak balik umah. Jadi sebelum naik bas, kami pergi makan dl roti nan kat restoran mamak dekat dgn umah aku. Selepas itu, singgah kat umah aku dl utk sembahyang maghrib. Lgpun tiket abah kul 9mlm. jadi sempat lagilah nak pergi. 

Baru kali ini  aku dapat tgk dgn jelas hadiah jam tgn daripada kami adik beradik. Aku just bagi duit jer, Angah n Ahmad yang pilih n bli kat KB Mall...Mmg cantiklah jam ni..nmpk sgt exclusive. Harganya pun boleh tahanlah..Nasib baik kongsi 6 org, kl sorang tk mampu tu.Lepas rindu aku kat abah...mmg aku tgh rindu kat abah n umi..dah berapa lama aku tak balik kg..nasib baik abah n umi faham...tapi aku sesekali tidak melupakan abah n umi....merekalah tetap ada dlm hatiku walaupun aku dah kahwin..

   Abah mmg suka jam tgn warna emas...


Kami sampai kat stesen bas putra pada kul 8.30 mlm...Mmg ramailh org kat stesen bas ni..Al-maklumlah hari ni kan cuti maulidur rasul. n sesiapa yg ambik cuti esok, mmg lamalah cuti kerana bersambung dgn cuti Thaipusam hari isnin. Abah beli tiket bas Konsortium (Melayu-Klang), tak pernah plak aku dgr tapi abah ckp bas ni bas baru...Kami pun terus mencari bas abah tapi tak jumpa.. berjalan kesana ke sini tetap jgak tak jumpa bas abah...Bas dah byk yg berlalu tapi kami still mencari...aku tak lpskan tgn my hubby kerana aku rasa penat sgt2 dah. At least bila pgg tgnnya, aku dapat sokongan...

Abah dah mula menelefon kaunter tu...bila tanya driver bas lain, diaorg ckp tak der bas ni mlm ni...Akhirnya br terperasan yg tiket bas tu datang ke kl bukannya balik ke kota bharu...abah n my hubby pun terus pergi ke kaunter tiket utk mencari tiket bas lain. aku tk larat dah nak berjalan, duduk jer kat tempat duduk sana. masa tu dah pukul 9.30mlm dah. Akhirnya dapatlah tiket bas Darul Naim,bas tu dah bergerak dah pun. Then, bas tu berhenti kat tepi jalan sbb abah dah bgtau kat kaunter yg bas tu dah bergerak.Akhirnya abah dapat naik bas tu. Nasib baik dapat seat depan...Alhamdulillah, harap abah selamat sampai ke rumah...aku pulak rasa penat sgt2...balik jer umah terus tido..pagi tadi umi antar msg, abah dah sampai kul 5pg..


2 insan yang kusayangi....

 Perutku dah sama besar dgn perut abah ni..hehehe...sayang abah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...