Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Sewaktu kami otw ke Hospital Serdang untuk melawat Faiz, my hubby tersalah jalan. So, kami tersesat sampai ke Beryls factory. Alang2 dah sampai kat sini, singgahlah skjp. Teringat kembali kenangan waktu belajar apabila buat trip ke Beryls ini. Tak byk pun aku bli coklat, maklumlah tgh2 bulan. Apa yang pasti, coklat Beryls mmg terbaik. kalau beli kat luar, mmg harganya sgt2 mahal.

Ni coklat yg dibeli

 Sempat jgak kami berposing2 kat kilang beryls kat Sri Kembangan ini kerna ada diletakkan patung2 yg comel. Semasa trip dl hanya ada hiasan lembu jer. Skrang makin cantik pemandangan kat situ. Nak pergi slalu ke Beryls ini mmg taklah kerna sgt jauh dari rumahku.



                                







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...