Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Majlis aqiqah  aryan diadakan kat kelantan pada 30.3.2013.terkebetulan aku kan berpantang kat kelantan.better buat terus aqiqahnya,so, jenuh jgak nak mencari kambing 2 ekor kat kg...tapi akhirnya dapat jumpa jgak..agak mahal jgak harga kambing seekor iaitu RM500+++. untuk majlis ini, tok bah dan umi tok aryan yg sponsorkan.Papa hanya bayar harga kambing jer...Aryan mmg anak yg baik. Dia tidak meragam sepanjang majlis ini bermula. Bila ada yang dtg tgk Aryan, dia senyap jer tanpa menangis.Aryan pakai baju yg mama chik belikan. Pada majlis ini, alang yg tak dpt ikut serta kerana ad final exam.


Yayan yg sedang lena tidur

Jika di kelantan, mmg tiada pun majlis berendoi di mana anak diletakkan didalam buaian. Dan marhaban pun tidak diamalkan di Kelantan berbeza dgn negeri luar. Semasa majlis aqiqah aryan, abah panggil org masjid dlm 20 org utk berselawat sambil mencukur rambut aryan. Aryan diarak dari seorang ke seorang sambil berselawat.

  Aryan diarak seorang demi seorang

Untuk majlis aqiqah ini, papa Aryan sendiri yang menyembelih kambing itu...Tetatmu mmg ramai yang hadir, majlis sapa ke petang...tetapi aku skrang tgh berpantang. So, mmg tak blh nak mkn makanan yg disediakan...dahlah aku terliurkan pulut kuning buatan mek. Tapi terpaksa berpantang lagi...

papa & mama aryan

                      
                                    

 
                                       

  
Pada hari ke-3, aryan kena kuning...aku mmg risaulah kerana kl kuning baby tinggi boleh menyebabkan kerosakan otak baby. skali lagi aku pergi hospital Selayang untuk check kuning Aryan...semasa ambik darah aryan, rasa sedih hati kerana bayi yg berumur 3 hari dicucuk jarum nak ambik darah tapi itu prosedurnya. 

Bila check, kuning Aryan 198 bacaannya..,menurut doktor, kuning aryan tak tinggi sgt tapi still kena dtg lagi esok utk check kerana lusa aku dah nak balik kelantan...pada sebelah pagi, aku jemur jgak aryan kat cahaya matahari sekejap..Selain itu, aku titiskn ubat homoepathy kat baby kerana bapa mertua buka klinik homoepathy. 



 Aryan masa berumur 4hari..second day pergi klinik utk check kuning



Kali ketiga ke klinik utk check baby kuning

Keesokannya aku bawak aryan pergi ke klinik setapak untuk check kuningnya. skali lagi aryan kena diambil darah.. tapi aryan seorang anak yg kuat, sekejap jer nangis..alhamdulillah, kuning baby dah tutun sedikit kepada 196 bacaannya...bacaan kuning baby makin menurun pada keesokan harinya...aku berasa lega kerana mlmnya aku nak balik ke kelantan.

Diantara petua petua untuk menghilangkan kuning baby ialah :

  • Mandi ngan ubat seng seh yang dibeli dari kedai ubat cina
  • Mandi ngan air rebusan peria hantu
  • Mandi ngan air rebusan pokok dukung anak
  • Titiskan air anggur hitam kemulut bayi
  • Titiskan air anggur hijau.
Semasa usia kandunganku berusia 36 minggu, aku dah tak larat nk mmasak kat umah.. Pada waktu ini My hubby yang berulang alik menhantar dan mengambil aku balik dari keje...Nasib baik my hubby bukan jenis yg bekerja pejabat. Jadi, snnglah my hubby hantar pergi balik ke pejabat kerana tempat kerjaku agak jauh dari rumah. Setiap petang, lps balik dari kerja kami mesti cari kedai mkn dl kerana aku tau my hubby tk mkn lg. My hubbby mmg bkn jenis yg suka mkn kat luar tapi untuk ketika ini aku mmg larat nak masak...Pada waktu ini, my hubby mmg melayan aku bagaikan puteri ..Apa sahaja yg aku nk, mesti segera ditunaikn. 

Pada 14 Mac 2013, aku pergi kat tempat kerja seperti biasa. Minggu ini adalah minggu terakhir aku mengajar kerana minggu depan aku dah start cuti.Aku nak balik kelantan kerna nak lahirkan baby kat sana. Pada pukul 11pg, aku pergi tandas aku dapati ada keluar darah sedikit. Aku pun jadi cuak, takkan aku dah nak bersalin???tapi syami pernah bgtau yang dulu pun dia ketuban darah. Aku pun bgtau Syami yg aku keluar darah. Dia pun terus suruh my hubby datang utk bawk pergi hospital. Katanya, dah tiba masanya aku nak bersalin. nasib baik hampir semua kerjaku dah settle kecuali nak keluarkan carrymark student. 

My hubby pun terus bawa ke Hospital Selayang. semasa hubby nak parking kereta,, ada plak yang langgar kereta hubby pastu terus blah...nasib baik bahagian dpn jer. aku pun terus pg check nk tgk bukaan tapi pada masa ni mmg aku dah berdebar sgt2.mcm2 yg ad dalam fikiran ni...keadaan baby mcm mn...aku selamat tak bersalin ni...bila check, bukaan dah 3cm. terus kena tahan kat wad. tapi aku still kena menunggu sampai petang kerana wad telah penuh. Dalam masa menunggu untuk naik kat wad, mmg aku makan n minum kerana kwnku dah pesan agar makan sebelum bersalin agar kita ada tenaga nanti. Sementara itu, my hubby kena demm panas plak,Mmg badan hubby panas sgt2 sampaikan tak larat nak bgn..aku pun dah mula risau..


Mak ayah aku akan naik bas mlm ni sementara mak mertua dan bapa mertua dah otw dtg. bila naik atas wad, lgilah berdebar...bila bukaan dah 5cm, aku dimasukkan ke labor room pada pukul 11.30mlm.aku ditemani oleh my hubby walaupun keadaan my hubby mmg teruk...aku dah mula rasa contraction, aku minta maaf kat my hubby, mak ayah kerana aku tidak tahu keadaan aku selepas ini mcm mn. semasa contraction mmg sakit, sampaikan aku gigit tgn hubby...bila bukaan 7cm, nurse suruh aku meneran. dah tiba masanya aku nk beranak...nurse suruh jgn angkat punggung nanti akan banyak yg terkoyak. semasa contraction tulah yang sepatutnya meneran dengan satu nafas sahaja..akhirnya tepat pukul 4.21pg pada 15.3.2013 (jumaat) dgn berat 3.31kg  lahirlah MUHAMMAD ARYAN KHALISH ke dunia...sungguh comel anakku ini...So, ptg jumaat tu aku aku dah dibenarkan balik...




 comelkan aryan khalish...



dah discharge...

 My hubby yg demam dan tak larat..


Layanan yang diberikan oleh staff2 di Hospital Selayang mmg bagus...aku suka keadaan disini... Dr pun bagus...kiranya aku bernasib baik kerana layanan disini ok berbanding dgn kawan2 ku yg mendapat layanan yang buruk kat hospital lain.dahlah suami tak dibenarkan masuk untuk menemani isteri labor room..
9.3.2012, tarikh keramat dalam hidupku..Pada tarikh inilah, aku terlepas daripada tanggungjawab abah, pada tarikh iniah aku pikul satu tanggungjawab sebagai seorang isteri, pada tarikh inilah aku bertukar status... So, pada tarikh 9.3.2013 cukuplah setahun aku menjadi isteri kepada Muhammad Amirul Amin...Alhamdulillah, walau apa jua cabaran dan dugaan yang datang dapat kami lalui bersama...happy anniversary bang..Tiada hadiah yang paling berharga yang dapat ayg hadiahkan untuk abang melainkan baby yg ayg tgh kandungkan...Dia adalah zuriat kita berdua...

Pada hari itu, aku pun tak dapat hadiah dari suamiku tapi aku dapat sesuatu yg membuatkn ku mengalir air mata iaitu ucapan ini dr suamiku......Di bawah ini ucapan yang aku terima drpd my hubby...



Alhamdulillah.....Tuhan Maha Pencipta sekalian alam...





Terima kasih pada-Mu ya Allah kerana Engkau mengizinkan aku untuk terus bersama isteri ku...Dengan Redha-Mu..rumahtangga yang dibina dengan Izin-Mu telah melangkah ke usia 1 tahun...aku bersyukur pada-Mu ya Allah, atas kebahagian, rezeki, serta segala nikmat yang Engkau kurniakan di dalam keluarga kami...terlalu besar nikmat yang Engkau kurniakan untuk hamba-Mu ini..


Tanpa keizinan-Mu, kami tidak mungkin bersama...tanpa keredhaan dari-Mu, kami tidak akan mungkin akan bahagia...aku hanya mampu untuk terus berdoa dan meminta kepada Mu agar Engkau panjangkanlah jodoh kami...Engkau pertemukan la hati kami walaupun 1 hari nnt kami terpisah...ketemukanlah kami di Syurga-Mu nnti..dan aku berharap agar Rahmat-Mu sentiasa ada bersama kami untuk memperkukuhkan lagi "masjid" yang Engkau telah kurniakan kepada kami ini...hanya pada-Mu aku meminta...hanya pada-Mu...

Buat isteriku...Nurul Syuhada..

Terima kasih kerana sayang sentiasa membahagiakan abang....tiada hadiah yang lebih bernilai yang boleh abang berikan sempena ulang tahun perkahwinan kita yang pertama ni melainkan anak yang bakal sayang lahirkan ni...anak yang tercipta dari benih kita berdua. Bersenyawa di dalam rahim sayang dengan penuh kasih sayang...dengan peuh kesyukuran pada-Nya..

Terima Kasih kerana sudi melayan kerenah abang selama kita berumah tangga...walaupun kita kenal hanya 5 bulan ..tetapi pengalaman tu sangat berbeza dengan usia perkahwinan kita selama 1 tahun ni..terlalu banyak yg abang pelajari dari sayang...Terima Kasih sekali lagi sayang!!!

Sayang...Semoga kita diberi peluang untuk membesarkan anak dalam kandungan ni bersama...diberi peluang untuk melihat anak ini membesar sebagai anak yang soleh... Kasih yang sayang berikan, ikhlas hanya untuk sayang dan anak yang bakal lahir ni...hanya sayang satu2 nya isteri yg abang harapkan untuk membimbing anak2 setelah nahu sayang bertukar dari Ibu n Ayah... Semoga kita akan terus bersama selamanya...Insyaallah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...