Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Majlis aqiqah  aryan diadakan kat kelantan pada 30.3.2013.terkebetulan aku kan berpantang kat kelantan.better buat terus aqiqahnya,so, jenuh jgak nak mencari kambing 2 ekor kat kg...tapi akhirnya dapat jumpa jgak..agak mahal jgak harga kambing seekor iaitu RM500+++. untuk majlis ini, tok bah dan umi tok aryan yg sponsorkan.Papa hanya bayar harga kambing jer...Aryan mmg anak yg baik. Dia tidak meragam sepanjang majlis ini bermula. Bila ada yang dtg tgk Aryan, dia senyap jer tanpa menangis.Aryan pakai baju yg mama chik belikan. Pada majlis ini, alang yg tak dpt ikut serta kerana ad final exam.


Yayan yg sedang lena tidur

Jika di kelantan, mmg tiada pun majlis berendoi di mana anak diletakkan didalam buaian. Dan marhaban pun tidak diamalkan di Kelantan berbeza dgn negeri luar. Semasa majlis aqiqah aryan, abah panggil org masjid dlm 20 org utk berselawat sambil mencukur rambut aryan. Aryan diarak dari seorang ke seorang sambil berselawat.

  Aryan diarak seorang demi seorang

Untuk majlis aqiqah ini, papa Aryan sendiri yang menyembelih kambing itu...Tetatmu mmg ramai yang hadir, majlis sapa ke petang...tetapi aku skrang tgh berpantang. So, mmg tak blh nak mkn makanan yg disediakan...dahlah aku terliurkan pulut kuning buatan mek. Tapi terpaksa berpantang lagi...

papa & mama aryan

                      
                                    

 
                                       

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...