Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
SALAM JUMAAT KAWAN2...Alhamdulillah, syukur kpd Ilahi kerana masih lg bernafas pada hari jumaat yg merupakan penghulu segala hari...semoga hari ini, kita sama2 mendapat keberkatan dari-NYA....hari jumaat adalah hari yang membolehkan kita mendapat byk pahala kerana hari jumaat adalah hari yang mulia. 

Jadi kita sama2 manfaatkannya kerana kita tidak tahu samada kita berkesempatan lagi atau tidak untuk bertemu pada hari jumaat berikutnya. kawan2 sudah potong kuku ke?Dgn memotong kuku pada hari isnin, khamis atau jumaat, dengan senang kita mendapat pahala. tapi tahukah cara memotong kuku mengikut sunnah Rasulullah...Di sini saya ingin kongsi dengan kawan2 cara memotong kuku mengikut sunnah Rasulullah..semoga ia dijadikan turutan kita semua..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...