Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Hari ini cukup 2thn kami bergelar sebagai suami isteri. Segala rintangan dan cabaran dapat kami tempuhi. Kebahagiaan kami bertambah dgn kehadiran Muhammad Aryan Khalish, permata hati kami. Abg, ayg tak minta harta benda atau wang ringgit, cukuplah abg menjadi imam ayg, bapa yg baik kpd anak2 kita. Semoga hubungan kita berkekalan hingga ke syurga. Ayang nak mtk maaf sekiranya ada silap salah ayg sepanjang ayg menjadi peneman hidup abg. 

Aku tak minta hadiah ape2 pun dari abg, tapi aku minta sesuatu yg bermakna yg blh aku ingat sampai bila2. Utk kali ini, aku sediakan hadiah utk abg. Aku terkejut apabila abg buatkan video utk aku. hadiah yg sgt bermakna. Ape ape pun terima kasih abg...... Nanti aku upload video tu dlm blog ni yer

Hadiah drpd ayg

9.3.2012, tarikh keramat dalam hidupku..Pada tarikh inilah, aku terlepas daripada tanggungjawab abah, pada tarikh iniah aku pikul satu tanggungjawab sebagai seorang isteri, pada tarikh inilah aku bertukar status... So, pada tarikh 9.3.2013 cukuplah setahun aku menjadi isteri kepada Muhammad Amirul Amin...Alhamdulillah, walau apa jua cabaran dan dugaan yang datang dapat kami lalui bersama...happy anniversary bang..Tiada hadiah yang paling berharga yang dapat ayg hadiahkan untuk abang melainkan baby yg ayg tgh kandungkan...Dia adalah zuriat kita berdua...

Pada hari itu, aku pun tak dapat hadiah dari suamiku tapi aku dapat sesuatu yg membuatkn ku mengalir air mata iaitu ucapan ini dr suamiku......Di bawah ini ucapan yang aku terima drpd my hubby...



Alhamdulillah.....Tuhan Maha Pencipta sekalian alam...





Terima kasih pada-Mu ya Allah kerana Engkau mengizinkan aku untuk terus bersama isteri ku...Dengan Redha-Mu..rumahtangga yang dibina dengan Izin-Mu telah melangkah ke usia 1 tahun...aku bersyukur pada-Mu ya Allah, atas kebahagian, rezeki, serta segala nikmat yang Engkau kurniakan di dalam keluarga kami...terlalu besar nikmat yang Engkau kurniakan untuk hamba-Mu ini..


Tanpa keizinan-Mu, kami tidak mungkin bersama...tanpa keredhaan dari-Mu, kami tidak akan mungkin akan bahagia...aku hanya mampu untuk terus berdoa dan meminta kepada Mu agar Engkau panjangkanlah jodoh kami...Engkau pertemukan la hati kami walaupun 1 hari nnt kami terpisah...ketemukanlah kami di Syurga-Mu nnti..dan aku berharap agar Rahmat-Mu sentiasa ada bersama kami untuk memperkukuhkan lagi "masjid" yang Engkau telah kurniakan kepada kami ini...hanya pada-Mu aku meminta...hanya pada-Mu...

Buat isteriku...Nurul Syuhada..

Terima kasih kerana sayang sentiasa membahagiakan abang....tiada hadiah yang lebih bernilai yang boleh abang berikan sempena ulang tahun perkahwinan kita yang pertama ni melainkan anak yang bakal sayang lahirkan ni...anak yang tercipta dari benih kita berdua. Bersenyawa di dalam rahim sayang dengan penuh kasih sayang...dengan peuh kesyukuran pada-Nya..

Terima Kasih kerana sudi melayan kerenah abang selama kita berumah tangga...walaupun kita kenal hanya 5 bulan ..tetapi pengalaman tu sangat berbeza dengan usia perkahwinan kita selama 1 tahun ni..terlalu banyak yg abang pelajari dari sayang...Terima Kasih sekali lagi sayang!!!

Sayang...Semoga kita diberi peluang untuk membesarkan anak dalam kandungan ni bersama...diberi peluang untuk melihat anak ini membesar sebagai anak yang soleh... Kasih yang sayang berikan, ikhlas hanya untuk sayang dan anak yang bakal lahir ni...hanya sayang satu2 nya isteri yg abang harapkan untuk membimbing anak2 setelah nahu sayang bertukar dari Ibu n Ayah... Semoga kita akan terus bersama selamanya...Insyaallah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...