Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts
Pada hari ini, kami akan ke Hospital Serdang untuk melawat Faiz, pakwe Angah. Dah hampir seminggu Faiz berada di hospital kerana denggi. Dahlah satu hari dimasukkan ke ICU kerana platletnya rendah sgt2. Angah kat Kelantan risau sgt kat pakwenya. Siap suruh masak sup ketam kerana katanya sup ketam elok utk penyakit denggi. Aku pun ketam bunga kat giant dgn harga RM 24.90/kg. Aku cari ketam nipah  tapi mmg susah nak jumpa. Aku beli dalam 4 ketul ketam.So searchlah kat internet mcm mana cara nak memasknya. So, terjumpa satu resepi utk memasak sup ketam yg simple. Biasanya sup ketam mkn skali dgn nasi putih dan air 100 plus pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.. di samping ubat-ubatan hospital...Berkat doa dan tawakkal, InsyaAllah sembuh.


Antara bahan-bahannya:
  • 2 ekor ketam segar @ ketam nipah
  •  4 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1 ulas bawang merah kecil ( ditumbuk )
  • 1 batang serai ( diketuk )
  • 6 biji lada hitam  ( ditumbuk )
  • 3 gelas air
  • sedikit garam dan gula mengikut citarasa
Cara membuatnya :
  1. Tumbuk  lada hitam, bawang putih dan bawang merah biar hancur.
  2. Basuh ketam dengan bersih ( buang isi perut yang kotor )
  3. Masukkan air ke dalam periuk, apabila air sudah mendidih masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
  4. Selepas itu masukkan ketam dan kacau, biarkan seketika.
  5. Masukkan pula serai dan sedikit garam, gula mengikut citarasa.
  6. Biarkan mendidih dan balik-balikkan ketam agar masak.
  7. Bila isi ketam sudah masak, bolehlah ditutup api gas.
  8. Selamat mencuba tanpa menggunakan minyak.

Ada satu lagi penawar untuk demam denggi ialah dengan meminum air 100 plus...kerana di dalamnya mengandungi kandungan isotonik yang boleh menguatkan badan yang lemah.....dan perlu juga mendapat nasihat doktor ya...

Caranya : buka penutup botol selama setengah jam biar gas air tersebut keluar...lepas tu bolehlah di minum...amalkan setiap hari...sebelum minum tu...bacalah Al-Fatihah 1 kali, ayat Qursi 1 kali, 3 Qul 1 kali dan kalau tahu doa tolak bala lagi bagus baca semasa hendak minum...kalau orang sakit tak mampu nak baca, maka orang yang sihat le kena tolong bacakan...kerana setiap penyakit ada ubatnya...semuanya kena banyak bertawakkal kepada ALLAH....satu lagi petua ialah buat air yassin...iaitu baca surah Yassin 3 kali ke dalam air mineral dan tiupkan di air...mesti yakin...buat minum pada yang sakit demam denggi...Insyaallah dengan izin ALLAH panjang umur...

Sup ketam hasil air tgn ku


KAJIAN MENGENAI KETAM
 

Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.
 

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.



Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.



Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.

Pagi ni terasa nak makan kuih  cek mek...ni gara2 dengar cerita syami lah ni...terkebetulan ubi keledek rebus semalam ada lebih lagi...so, menyenangkanlah keje aku..lgpun kat kl ni ssh sgt nak jumpa kuih yg kena selera aku...kuih yg kat kelantan jgak yg sedap n kena selera..bila teringin nak mkn, kenalah buat sendiri...So, aku pun tumbuk lah ubi keledak yg dah direbus tu...pastu masukkan tepung gandum n telur..

Lps tu, gaul dgn tgn sehingga sebati..bentukkan bulat2, bila nak goreng, br masukkan gula dan betukkan agar jadi bujur.simplekan nak buat...sbnrnya membuat kuih ni senang jer cuma kena rajin jer...kl dah rajin skit, blh lah mkn.....kl nak tunggu org yg buatkan, alamaknya mmg tak mknlah....kl bujang dl, terasa nak mkn ape, order jer kat umi..umi masak mmg the best,,skrang dah kahwin, segalanya buat sendiri..kl tak tahu, telefon umi n tanya resepi..tulislah dlm sebuah buku.....



Jeng2x, inilah hasil cek mek molek hasil buatanku. Aku pun tak tahu my hubby pernah makan ke tak...kita tgklah nanti my hubby mkn ke tk...
Kebanyakan umat Islam berpuasa hari ini kerana fadhilatnya amat besar..aku pun puasa jgak hari ni...walaupun berpuasa, semangat berbaking ku tak pernah luntur...hari ini aku cuba resepi muffin plak...nak buat muffin aper yer???mula2 kita try buat muffin coklat lah dl coz aku suka coklat...lgpun ini first time nak guna oven baru...hehehhe....

Alhamdulillah, semasa pembuatan muffin, segalanya berjalan lancar. betullah kata orang, buat muffin ni macam buat cekodot..cara membuatnya amatlah senang...aku ingatkan rumit sgt nak buatnya..nmpaknya aku blh lah cari byk lg resepi baru yg aku blh try n error...lgpun line internet kat sini laju sgt. berbeza dgn line kat kg aku....Di sini aku nak share resepi muffin coklat yg aku ambik dari internet...resepi ini mmg menjadi...

Bahan-bahan ( 10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1. Antara bahan-bahan yang diperlukan
2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
5. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
7. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Bahan2 utk muffin coklat


Muffin yang dibakar


 Muffin yang sudah siap


SELAMAT MENCUBA YER SEMUA.....kerana semangatku yang tinggi dalam berbaking hari ni,dlm tak sedar aku buat 2 jenis muffin lagi iaitu muffin vanilla dan muffin coklat chip...rasa macam tak percaya plak...tgk kpd bentuknya,mmg menjadilah tapi tak taulah rasa mcm mn coz aku kan puasa...mmg senang buat muffin ni...korang pun blh buat jgak.

vanilla muffin 


Done vanilla muffin


                                      Coklat chip muffin

Pagi ni aku goreng cekodok labu utk adik iparku kerana dia suka sgt cekodok labu ni. mak mertuaku pun suka tapi skrang dia ad kat Chiang Mai, so tak smpatlah nak merasa cekodok ni. Mula2 aku makan cekodok ni masa umi ku yg buat.skali makan terus nak lagi.so, bila aku bwk 3 biji labu dari kelantan, aku buatlah cekodok tu kat kl..mmg  keluarga mertuaku makan. tetapi hubbyku tak mkn pun. Dia susah betul nak mkn benda yang baru..berbeza dengan ayahku yang mmg suka cekodok..tak kisahlah cekodok ap...

Sejak menetap kat kl ni,jeput dipanggil cekodok....hehehehe....mcm mn yer  nak buat cekodok labu???senang jer cara nak buatnya sama seperti nak buat cekodok pisang. bahan-bahannya ialah labu, tepung gandum, telur, baking powder dan gula.Cara nak membuatnya ialah potong n rebus labu sehingga empuk. Kemudian mskkan bahan2 tadi.then dah blh goreng,simple kan????sedap dimakan walau dimana jua berada...

                                      cekodok labu goreng

Sebenarnya dah lama aku tak berbaking. sejak kahwin mmg tak der langsunglah coz kat umah tak der oven n mixer.tapi skrang semuanya ada...akulah orang yg paling gembira bila dapat oven n mixer.aku pun meneruskan aktiviti baking ku dengan mencuba apam pokaldot. aku tidaklah gemar sgt mkn apam pokaldot tapi disebabkan kecomelan apam itu, aku pun cubalah dengan adik ipar.... aku ambik resepi apam ini dari internet. ini resepi apam pokaldot:


BAHAN-BAHAN :

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ etc
pewarna

CARA-CARA:

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Aku pun buatlah apam pokaldot ikut resepi ni..mmg teruja aku n mirah buat apam pokaldot ni..lepas satu adunan yang siap dimasak,aku pun angkatlah dari pengukus....alahai,knape apam ku jadi begini????apam pokaldot ni jadi bantat n warna pokaldotnya tak lawa...tak per, ni br percubaaan..aku positivekan diri...aku pun rasalah.ad rasa apam tapi keras...hhuhuhuhu

   Inilah hasil apam yg jadi tak jadi....
          
Itu apam pokaldot yang aku buat pada hari sabtu minggu lepas,hari ni aku try lagi dengan ubah resepi asal kepada resepi yg aku campur adukkan dgn resepi lain.aku dengan penuh bersemangat buat apam ni seorang diri...lps mix semua bahan2 tu, aku pun mula berpiping...alhamdulillah,mmg cantik sgt apam sebelum kukus... tapi selepas kukus, lain plak hasilnya...terus tiada warna..tapi rasanya sedap n lembut..

     Sebelum kukus


                                               Selepas kukus 

Aaaaaarghhhh, kenapa plak jadi mcm ni??????di mana silapku???aku pun cuba tgk semula resepi apam pokaldot yg asal..rupa-rupanya aku tersilap sukatan baking powder. Aku pun buat semula apam pokaldot tu tanpa ubah ape2 resepi tu. kerana aku hairan bila aku buat hari tu tidak menjadi.semua org buat jadi..aku berselawat byk2 n berdoa agar apam pokaldot yg aku buat kali ketiga menjadi. Alhamdulillah, akhirnya jadi jgak apam pokaldot. Syukur sgt2..

                                             done............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...