Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
1. Doa supaya anak2 dan keturunan kita rajin mendirikan solat.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.                                             (Surah Ibrahim 14:40)

2. Zikir untuk melembutkan hati suami 

:“Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir.”

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak.Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)Selain daripada itu amalkan doa ini :“Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi.”

3. Doa bagi mengelakkan perkelahian suami isteri


4. Doa isteri solehah



5. Doa memiliki anak yang bijak



6. Doa ibu untuk anak



7. Doa bahagia suami isteri



8. Doa untuk anak cerdik & pandai



9. Kelebihan Istighfar






1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu


2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA



Faktor-faktor di bawah ini boleh dijadikan panduan untuk pasangan yang mahu memilih jantina mengikut kaedah semulajadi iaitu :-

Faktor Makanan


Untuk mendapatkan anak perempuan, suami harus membanyakkan makan makanan beralkali. Manakala isteri pula perlu mengambil makanan yang berasid. Jika anda mahukan anak lelaki, pihak suami perlu makan lebih banyak makanan berasid dan isteri mengambil banyak makanan beralkali.

Makanan beralkali terdiri daripada makanan seperti sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya. Makanan berasid pula boleh didapati daripada makanan seperti daging, makanan laut dan lain-lain.

Faktor Masa

Selalu melakukan hubungan intim sebelum datang haid boleh membantu anda mendapatkan anak perempuan. Tetapi jika anda lakukan perkara sebaliknya iaitu bersama selepas sahaja selesai haid, anda mungkin akan mendapat anak lelaki. Untuk memastikan waktu pilihan anda adalah tepat, kira seminggu awal atau seminggu selepas kedatangan haid.

Faktor Kedalaman

Suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri jika mahukan anak perempuan. Namun lakukan sebaliknya jika ingin mendapatkan anak lelaki. Alasan? Gen X (Lelaki) dan Gen Y (Perempuan) mempunyai ciri yang berbeza.

Faktor Kemuncak

Faktor kemuncak pun penting dalam cara memilih jantina. Untuk mendapatkan anak perempuan, suami perlu sampai ke kemuncak dulu sebelum isteri. Hal ini kerana ketika isteri sampai ke kemuncak, isteri akan mengeluarkan cecair berbentuk alkali. Tetapi jika sebaliknya iaitu suami sampai ke kemuncak selepas isteri, mungkin anda akan mendapat anak lelaki.

Faktor Persediaan (Isteri)

Isteri boleh membasuh vagina dengan menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air sekiranya mahukan anak perempuan. Jika anda mahukan anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina lebih beralkali.

Faktor Kedudukan

Siapa kata kedudukan ketika bersama tidak penting dalam pemilihan jantina anak? Suami di bawah manakala isteri di atas pula sedikit sebanyak dapat membantu pasangan memiliki anak perempuan. Jika kedudukan bertentangan iaitu suami di atas manakala isteri di bawah pula akan membantu mempercepat mendapatkan anak lelaki.




1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil



2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.





Yayan dah dibotakkan oleh tok meknya pada 4.4.2013. Tok mek ni adalah ibu kepada umi. Masa aku kecil dl pun, mek yang botakkan kepalaku..Anak mama dah tak der rambut...rambut aryan byk,lps cukur kesemuanya my hubby bwk rambut tu pergi ke kedai emas utk ditimbang dan mengetahui brp bayaran untuk berat rambut tu. jadi, kl lelaki akan ikut berat silver. 

So untuk rambut aryan kena bayar RM190 mengikut berat silver. Duit itu aku bagi kpd abah untuk disedekahkan kepada masjid. Pada hari aryan dibotaklkan, papanya pun pergi botakkan rambut jgak..dua beranak sama botak..


               


              









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...