Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Pada 25.6.2013, adik lelaki konvo kat PICC. Pada waktu ini, semua dapat ikut pegi ke konvokesyen Ahmad kecuali adik.pada waktu ini, adik ada kelas kat Puncak Alam. kami rasa teruja nak pegi ke Konvokesyen ahmad kerana tak sangka Ahmad boleh jgak merasa pakai jubah konvo. Kalau diingatkan semula dgn Ahmad dl, mmg tak yakinlah boleh sampai ke tahap ini. Walau apapun yg adikku buat, umi abah tetap bersabar.Aku dapat melihat kegembiraan terpancar dari wajah umi n abah melihat Ahmad segak memakai jubah konvo. Tambahan plak, Ahmad satu2nya anak lelaki dalam keluarga kami. pada waktu ini, aku tak bli bunga ataupun coklat tapi aku bli bj kemeja purple & perfume utknya,.Pada ketika ini, aryan sgt2 berkelakuan baik. Tok bah syg sgt kat cucunya ini.












Pada mlm tu, kami pun pergi Puncak alam utk melawat adik. adik yg bongsu ni manja skit dgn umi n abah...huhuhuhu









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...