Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Terasa rugi plak tak upload gmbr2 untuk hantaran tunang & kahwin aku. At least bila aku upload dlm blog, aku boleh share dgn kengkwn yg lain dan yg paling penting ad dlm simpanan blog aku. Sblm ni tak sempat nak update blog. bila waktu terluang nilah aku nak update yg mana aku rasa penting.lgpun blog ni mcm diari aku...Zaman sekarang dah makin banyak gubahan hantaran yang cantik2. Kl ada masa, gubah sendiri jer. Lg jimat dan puas hati daripada tempah.kl tempah mmg beratus-ratuslah.ms tunang dl, mak cik aku yg tlg gubah sbb aku mmg fail bab2 menggubah.Dahlah kami ad ms seminggu jer utk persiapan tunang. ni. ni diantara gubahan tunang daripada pihak perempuan.



      Towel 
Pulut kuning

Sejadah
Kain pasang bj melayu
Dodol  
  Buah-buahan
Puding
kek coklat
Kain pelikat
T-shirt
cincin + sireh
Jadi, dr pihak perempuan semuanya 13 hantaran...geleng kepala umi tgk byk sgt hantarannya. Pihak lelaki pun berbalas 11 hantaran. temanya adalah hijau...



   Towel
Buah-buahan
Jam tangan
Sejadah
Telekung
   Potpuri
  Cincin
Sireh Junjung
Kek + coklat

Buku motivasi + kain songket


Dah siap utuk hantaran pertunangan. sekarang nak upload hantaran perkahwinan kami pulak. sebelah pihak aku, pengantin perempuan memilih tema pink.

 


Pulut kuning&Bunga telur 
Belt & Wallet
                                      

Baju batik
Seluar & Baju kemeja





 
                                                       
Kasut &Stoking
Set minyak wangi








                                                   
Jam tangan
Set coklat

Buah-buahan 
Sampin
                                                                 
                                                              
  Songkok & Sejadah 
  Al-Quran & Rehal
Persalinan baju melayu
            Set beg
Kek hantaran
                                                                   

Sekarang kita tgk plak hantaran daripada pihak lelaki...Pihak lelaki pun bawa 15 hantaran. ...Temanya warna purple



Handphone Nokia
Set mutiara









                                                     
Buah-buahan
Set baju persalinan






          
                                                        
Cupcake  
Coklat




                                                                          
Set alat solek  
Telekung







                                                               
Kain pasang
Set minyak wangi







                                                        
Sireh junjung
Kasut











                                                                       
Sejadah 
Handbeg & Purse







                                                                
      Potpuri
                                                     
Majlis akad nikah diadakan sehari sebelum majlis bersanding. So, masa majlis akad nikah pihak lelaki bawa 3 hantaran.

   
 Al-quran


 Mas kahwin


Gelang tangan

TIP PEMILIHAN HANTARAN

1.Pastikan warna alas dulang atau dulang sesuai dgn bunga hantaran yg dipilih,untuk pengetahuan anda,alas dulang dan hiasan tidak perlu dr tone warna yg sama,jika anda inginkan dekorasi yg menyerlah,pemilihan warna yg kontra juga elok.
2. Barang hantaran yg dipilih perlu sesuai dgn warna bunga , warna alas dulang,saiz dan bentuk gubahan.
3. Cuba elakkan penggunaan double tape dlm gubahan hantaran untuk mengelakkan barang jadi rosak.
4. Untuk memudahkan anda membuat pembentukan reben hiasan gunalah reben yang berdawai ditepi dan bersaiz besar.
5. Jika anda menggunakn bunga segar pastikan span basah dicelup air dan dibalut dulu.
6.Seimbangkan pemberian hantaraan barang dgn makanan.contohnya jika anda inginkan 9 dulang hantaran jadi 3 hantaran boleh dalam bentuk makanan/manisan dan 6 dulang lagi dlm bentuk barang-barang yg lain.
7.Dekorasi hantaran yg membentuk makanan hndaklah diletakkan di dlm bekas makanan yang bertutup dan elakkan dr terdedah.elok sekiranya diletakkan didalam kotak plastik lutsinar.
8.Bagi memastikan dekorasi hantaran anda elok dan cantik elakkan susunan bahan yg terlalu tinggi .
9. Jgn sesekali lupa untuk membuang tape harga pada barang seblum mmbuat dekorasi hantaran.
10. Perbincangan antara kedua2 belah pihak amat pnting dalam pemilihan jenis,warna,dan bilangan hantaran.
11. Pastikan kedua2 belah pihak menggunakan dulang yang sama tinggi atau dulang yang sama rendah.
12. Seeloknya pemilihan warna pada hantaran berbeza antara kedua2 belah pihak .
13. Elakkan penggunaan bunga segar sekiranya perjalanan ke majlis penikahan yang jauh.









Pada 16.3.2012, adalah majlis sambut menantu atau kata nama lain majlis bertanding. aku dah bersiap pakai baju pengantin dari pagi lg iaitu ms kat kelantan lagi. make up pun dah pakai awal2 pagi lg.Lebih dari sepuluh kereta yg menghantar aku ke Terengganu. Bila dah nak sampai kat rumah my hubby, salah satu kereta mak cik aku pancit tayar. so, dah delay masa 1 jam kat situ. Kami berjanji nak dtg kul 11pg tapi disebabkn kejadian tu, rombongan kami datang kul 12 tgh hari.

Hantaran utuk majlis bertandang pun ada. Kami bawa 5 hantaran tetapi aku guna jer gubahan hantaran masa bertunang dl. Lgpun tak sempat masa nak gubah yg lain. Rupa-rupanya sebelah my hubby pun main ambik jer gubahan hantaran yg sblm ini. Semasa umi & abah nak balik ke Kelantan, aku tak nak lepaskan tgn umi. Perasaan masa tu , tak tau nak gmbarkan mcm mn. Mcm2 yg aku fikirkan, misalnya mcm mn nak masuk ke keluarga baru. perasaan takut + berdebar tu mmg ada kerana aku mmg tak knl family suamiku sblm ini.Tetapi Alhamdulillah, majlis segalanya berjalan lancar.

ketika nak berarak ke rumah pengantin lelaki



Pelamin utk bergambar
Kek kahwin







     






                                      


My MIL & my mom       
With my sister in law






                          

 
           
         
Majlis sambut menantu pada 16.3.2012 di Terengganu
 


Miss Zetty, Faz & Fiza dtg ke majlis kat Terengganu. Gembira dan terharu....
Tanggal 9.3.2012 adalah hari yang paling bermakna dalam hidupku. pada tarikh inilh aku berubah status seorang isteri. Besar tanggungjawab yang akan aku pikul...Dengan sekali lafaz, aku menjadi isteri kepada Muhammad Amirul Amin..Rasa macam tidak percaya aku dah berkahwin..Sekarang segalanya mesti melalui suami..nak buat sesuatu mesti mendapat kebenaran dari suami.Ini kerana bagi seorang wanita yang telah berkahwin, suami dan ibu-bapa adalah dua insan paling utama dalam hidupnya. Kedua-dua mereka wajib ditaati, dihormati dan dijaga hubungan dan pertalian dengan mereka. 

Namun apabila berlaku pertembungan antara arahan suami dan arahan ibu-bapa (atau keluarga), ketaatan kepada suami adalah lebih utama dari ketaatan kepada dua ibu-bapa. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim dan beliau mensahihkannya dan al-Bazzar dengan sanad yang baik).   

Sebelum bermulanya majlis akad nikah, aku dikejutkan dgn kdtgn sahabat karibku, intan yang dtg dari pahang.aku terharu sgt2.Dengan berbadan dua, Intan sanggup dtg jauh2 ke majlis perkahwinan...really2 appreciate...dia dtg bersama suaminya, Norom n ma..luv u intan...seperti aku menemaninya semasa majlis akad nikahnya, sekarang intan plak yg teman aku ...


Best friendku,intan 
Mlm akad nikah berlangsung dengan sempurna.Ramai jgak rombongan lelaki yang dtg pada mlm akad nikah...Aku memilih baju warna krim utk mlm akad nikah ni...kerana aku tidak berapa gemar warna putih..


  my signature untuk bg persetujuan

 suasana ketika lafaz nikah.abg berdebar2 pada masa ini

solat sujud syukur setelah akad nikah

 wajah ayahandaku yg disayangi ketika menerima anak baru

 wajah ibundaku yg ku sayangi...

 Suasana menyarungkan gelang

 
Sesi menyarungkan cincin kpd pengantin lelaki


        my only sister-in-law                            my siblings

 Keesokan harinya (10.3.2012) kenduri kesyukuran. Ramai tetamu yang datang....Rombongan lelaki datang kul 11 pg..Pukul 9pg lagi aku di make up kan oleh mak andam tersohor-aunt sha....mmg lain sgt2 wajahku...terus berubah....tepat pukul 11pg, dengan diiringi kompang, pengantin lelaki n rombongannya di sambut..suamiku bergaya dengan berpakaian pink purple...alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. tetamu tidak putus2 datang. kenalanku semasa sekolah  rendah n menengah pun ramai yang datang..ad kwn yg bertahun tak jumpa pun datang semasa majlisku..terima kasih byk2.....opsss,lupa nak bgtau, tema kahwinku adalah pink purle.

 pelamin kahwinku

 meja beradab yang dihiasi oleh adik lelakiku

hiasan bilik pengantin

sepanduk kahwinku 

khemah2 yang diambil dr Gelang Mas Canopy



              inilah my beloved family yang bersusah payah menjayakan hari bahagiaku ini...Terima kasih semua


my bff iaitu K.zu & Intan


Selepas selesai sesi bersanding, aku pun diminta utk tukar persalinan kerana ada sesi untuk potong kek.kek ni ditempah dgn ustazah dkt kg aku. tak mahal pun harganya, dalam lingkungan RM100 untuk kek coklat moist 3 tingkat.ayah su yang sponsor kek ini.



Acara potong kek

selepas acara potong kek, kena berposing lagi...layan kan jer utk sehari ni jer...



Dalam kul 4ptg, kami pergi plak ke luar utk ambil gambar kat sawah padi bagi sesi outdoor.berpanasan jgaklah kami pada ms tu...



 
Posing2 utk outdoor- sawah padi


Diantara hadiah yang aku dapat . terima kasih kpd semua yang memberi. kami sgt2 berterima kasih.


 Akhir kalam, bermulalah kehidupanku sebagai seorang isteri. Terasa tanggungjawab yang akan dipikul nanti. Semoga aku dapat menjadi isteri mithali dgn ajaran & didikan yang telah umi n abah berikan... sebelum terlupa, aku nak sertakan gambar kad kahwinku.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...