Tanggal 9.3.2012 adalah hari yang paling bermakna dalam hidupku. pada tarikh inilh aku berubah status seorang isteri. Besar tanggungjawab yang akan aku pikul...Dengan sekali lafaz, aku menjadi isteri kepada Muhammad Amirul Amin..Rasa macam tidak percaya aku dah berkahwin..Sekarang segalanya mesti melalui suami..nak buat sesuatu mesti mendapat kebenaran dari suami.Ini kerana bagi seorang wanita yang telah berkahwin, suami dan ibu-bapa adalah dua insan paling utama dalam hidupnya. Kedua-dua mereka wajib ditaati, dihormati dan dijaga hubungan dan pertalian dengan mereka.
Namun apabila berlaku pertembungan antara arahan suami dan arahan ibu-bapa (atau keluarga), ketaatan kepada suami adalah lebih utama dari ketaatan kepada dua ibu-bapa. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim dan beliau mensahihkannya dan al-Bazzar dengan sanad yang baik).
Sebelum bermulanya majlis akad nikah, aku dikejutkan dgn kdtgn sahabat karibku, intan yang dtg dari pahang.aku terharu sgt2.Dengan berbadan dua, Intan sanggup dtg jauh2 ke majlis perkahwinan...really2 appreciate...dia dtg bersama suaminya, Norom n ma..luv u intan...seperti aku menemaninya semasa majlis akad nikahnya, sekarang intan plak yg teman aku ...
Mlm akad nikah berlangsung dengan sempurna.Ramai jgak rombongan lelaki yang dtg pada mlm akad nikah...Aku memilih baju warna krim utk mlm akad nikah ni...kerana aku tidak berapa gemar warna putih..
my signature untuk bg persetujuan
suasana ketika lafaz nikah.abg berdebar2 pada masa ini
solat sujud syukur setelah akad nikah
wajah ayahandaku yg disayangi ketika menerima anak baru
wajah ibundaku yg ku sayangi...
Suasana menyarungkan gelang
Sesi menyarungkan cincin kpd pengantin lelaki
my only sister-in-law my siblings
Keesokan harinya (10.3.2012) kenduri kesyukuran. Ramai tetamu yang datang....Rombongan lelaki datang kul 11 pg..Pukul 9pg lagi aku di make up kan oleh mak andam tersohor-aunt sha....mmg lain sgt2 wajahku...terus berubah....tepat pukul 11pg, dengan diiringi kompang, pengantin lelaki n rombongannya di sambut..suamiku bergaya dengan berpakaian pink purple...alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. tetamu tidak putus2 datang. kenalanku semasa sekolah rendah n menengah pun ramai yang datang..ad kwn yg bertahun tak jumpa pun datang semasa majlisku..terima kasih byk2.....opsss,lupa nak bgtau, tema kahwinku adalah pink purle.
pelamin kahwinku
meja beradab yang dihiasi oleh adik lelakiku
hiasan bilik pengantin
sepanduk kahwinku
khemah2 yang diambil dr Gelang Mas Canopy
inilah my beloved family yang bersusah payah menjayakan hari bahagiaku ini...Terima kasih semua
my bff iaitu K.zu & Intan
Selepas selesai sesi bersanding, aku pun diminta utk tukar persalinan kerana ada sesi untuk potong kek.kek ni ditempah dgn ustazah dkt kg aku. tak mahal pun harganya, dalam lingkungan RM100 untuk kek coklat moist 3 tingkat.ayah su yang sponsor kek ini.
Acara potong kek
selepas acara potong kek, kena berposing lagi...layan kan jer utk sehari ni jer...
Dalam kul 4ptg, kami pergi plak ke luar utk ambil gambar kat sawah padi bagi sesi outdoor.berpanasan jgaklah kami pada ms tu...
Posing2 utk outdoor- sawah padi
Diantara hadiah yang aku dapat . terima kasih kpd semua yang memberi. kami sgt2 berterima kasih.
Akhir kalam, bermulalah kehidupanku sebagai seorang isteri. Terasa tanggungjawab yang akan dipikul nanti. Semoga aku dapat menjadi isteri mithali dgn ajaran & didikan yang telah umi n abah berikan... sebelum terlupa, aku nak sertakan gambar kad kahwinku.