Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Sebenarnya aku tidak tahu pun yang  aku ni mengandung...maklumlah sejak kahwin bln 3 hari tu aku jadi mengharap untuk dapat baby...bila dtg period, frust + nangis....my hubbylah yg pujuk,kata tak der rezeki...so, selepas tu mmg aku tak mengharaplah...ad rezeki,aderlah....aku start keje kat FIM 18.7...kena check pregnancy test,resultnya negatif. So, aku pun rileks jer sbb tahu keputusannya negatif.ms bulan puasa, still boleh puasa penuh...kwn2 aku plak rasa hairan.... diaorg suruh pergi check kot2 ad berita gembira tapi aku ni kan jenis malas...so biarlah dl....kwn aku farisya yg tlg belikan pregnancy test n terus paksa aku test kat pejabat..nak tahu ap keputusannya?????


                 nampak tak??? double line...maknanya????

aku pun tak tahu apa nak gmbarkan..rasa seronok sgt2,...balik tu trs bgtau hubby..dia pun rasa gembira sgt2....terus call umi n abah kat kelantan dan ummi n walid kat kl ni....ni adalah cucu pertama untuk kedua2 keluarga....aku jadi tak ketahuan apa barang baby yg nak disediakan,ap yg patut dibuat sbg seorang ibu..yerlah tak der pengalaman lagi kan....tapi yg penting kena buat buku merah.....

Apabila kandungan masuk 12 minggu,aku pun pergi Klinik Kesihatan Selayang Baru untuk buka buku merah....my hubby mmg sentiasa menemaniku..pada masa ni, doktor pun scan perutku..alhamdulillah dah nmpak dah kepalanya,kaki baru ad sedikit...heheheheh...3 bulan pertama ni sgt2 penting kerana baby belum cukup kuat lg....proses pada hari tu agak lama jgak....selesai semua urusan, my hubby tlg hantarkan ke tempat kerja...


                         baby  pada usia 12 minggu
SALAM JUMAAT KAWAN2...Alhamdulillah, syukur kpd Ilahi kerana masih lg bernafas pada hari jumaat yg merupakan penghulu segala hari...semoga hari ini, kita sama2 mendapat keberkatan dari-NYA....hari jumaat adalah hari yang membolehkan kita mendapat byk pahala kerana hari jumaat adalah hari yang mulia. 

Jadi kita sama2 manfaatkannya kerana kita tidak tahu samada kita berkesempatan lagi atau tidak untuk bertemu pada hari jumaat berikutnya. kawan2 sudah potong kuku ke?Dgn memotong kuku pada hari isnin, khamis atau jumaat, dengan senang kita mendapat pahala. tapi tahukah cara memotong kuku mengikut sunnah Rasulullah...Di sini saya ingin kongsi dengan kawan2 cara memotong kuku mengikut sunnah Rasulullah..semoga ia dijadikan turutan kita semua..


MARILAH KITA BERAMAL DGN DOA-DOA INI.....


























Kebanyakan umat Islam berpuasa hari ini kerana fadhilatnya amat besar..aku pun puasa jgak hari ni...walaupun berpuasa, semangat berbaking ku tak pernah luntur...hari ini aku cuba resepi muffin plak...nak buat muffin aper yer???mula2 kita try buat muffin coklat lah dl coz aku suka coklat...lgpun ini first time nak guna oven baru...hehehhe....

Alhamdulillah, semasa pembuatan muffin, segalanya berjalan lancar. betullah kata orang, buat muffin ni macam buat cekodot..cara membuatnya amatlah senang...aku ingatkan rumit sgt nak buatnya..nmpaknya aku blh lah cari byk lg resepi baru yg aku blh try n error...lgpun line internet kat sini laju sgt. berbeza dgn line kat kg aku....Di sini aku nak share resepi muffin coklat yg aku ambik dari internet...resepi ini mmg menjadi...

Bahan-bahan ( 10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1. Antara bahan-bahan yang diperlukan
2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
5. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
7. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Bahan2 utk muffin coklat


Muffin yang dibakar


 Muffin yang sudah siap


SELAMAT MENCUBA YER SEMUA.....kerana semangatku yang tinggi dalam berbaking hari ni,dlm tak sedar aku buat 2 jenis muffin lagi iaitu muffin vanilla dan muffin coklat chip...rasa macam tak percaya plak...tgk kpd bentuknya,mmg menjadilah tapi tak taulah rasa mcm mn coz aku kan puasa...mmg senang buat muffin ni...korang pun blh buat jgak.

vanilla muffin 


Done vanilla muffin


                                      Coklat chip muffin

Sabda Rasulullah saw,"Pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kpd Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yg dibukakan Allah padanya 300 pintu rahmat & diampunkan Allah sekalian org yg tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, orang2 yg kekal di dalam zina, orang yg kekal minum arak & orang yg durhaka terhadap ibubapa.

Sabda Baginda lagi, “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yang begini sehinggalah terbit Fajar “.



Imam Syafi‘e berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban. Daripada Saidina Umar Abdul Aziz r.a, beliau menulis kepada pegawainya di Basrah:

"Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha."

  • Pada malam Nisfu Syaaban memperbanyakkan istighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. Maksud doanya:
"Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan."

  • Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: 
"Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)"

  • Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). 
  "Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih"

Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. 

  • Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun). 
"La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun"

          Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. 
  • Membaca Al-Quran.
  • Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu:
"Subhanarob biyal a’ala"  
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. 

"Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim" Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. 

"Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem".
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. 

  • Membaca Salawat Atas Nabi:10 atau 100 kali pagi dan petang.
"Allahhummasolli ‘ala Muhammad"
  • Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
  • Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...