Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Sabda Rasulullah saw,"Pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kpd Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yg dibukakan Allah padanya 300 pintu rahmat & diampunkan Allah sekalian org yg tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, orang2 yg kekal di dalam zina, orang yg kekal minum arak & orang yg durhaka terhadap ibubapa.

Sabda Baginda lagi, “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yang begini sehinggalah terbit Fajar “.



Imam Syafi‘e berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban. Daripada Saidina Umar Abdul Aziz r.a, beliau menulis kepada pegawainya di Basrah:

"Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha."

  • Pada malam Nisfu Syaaban memperbanyakkan istighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. Maksud doanya:
"Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan."

  • Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: 
"Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)"

  • Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). 
  "Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih"

Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. 

  • Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun). 
"La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun"

          Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. 
  • Membaca Al-Quran.
  • Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu:
"Subhanarob biyal a’ala"  
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. 

"Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim" Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. 

"Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem".
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. 

  • Membaca Salawat Atas Nabi:10 atau 100 kali pagi dan petang.
"Allahhummasolli ‘ala Muhammad"
  • Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
  • Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.









Hari ini keluar dengan hubby pergi cari barang nak buat muffin. kami pergi ke Chow Kit nak beli loyang muffin tapi tak jumpa yang dikehendaki. Loyang muffin ada tapi mahal dari Trumph (kedai tupperware yg dkt dgn umah ku). Dahlah cari kedai yg jual bahan2 nak buat kek tak jumpa...Aku pun berjalan2 lagi dengan my hubby sambil2 masuk ke kedai, tgk barang n survey harga. Mak cik kat Chow Kit bgtau kedai yg menjual bahan2 kek ad kat GM plaza. 

Aku pergi mencari kedai itu n jumpa...bila masuk jer kedai tu, mmg teruja sgt2 coz semua bahan2  nak buat kek n roti ad kat kedai ni.nak tepung aper, coloring ape, loyang ap, semuanya ada.bak kata aiman, macam-macam ada.dahlah harganya murah daripada kedai lain..kedai ini ada kat lorong Hj Taib.

                                       Inilah kedai kek ni...

Yang paling kelakar adalah reaksi suamiku.dia teruja sgt2 bila masuk kedai ini dan tgk barang2 kat sini. bak kata suamiku, ini kali pertama dia masuk kedai yang menjual bahan2 kek...aku gelakkan suamiku...sori yer bang coz ayg gelakkan abg..


                                    Suamiku yang kelakar...

Apabila sampai jer umah, aku terus pergi ke dapur dan menghidangkan makanan untuk suamiku....Ini di antara barang2 yang aku beli. Mlm ini aku nak bershopping lagi utk barang basah.

                      Inilah semua barang2 yang aku bli tadi...
Pagi ni aku goreng cekodok labu utk adik iparku kerana dia suka sgt cekodok labu ni. mak mertuaku pun suka tapi skrang dia ad kat Chiang Mai, so tak smpatlah nak merasa cekodok ni. Mula2 aku makan cekodok ni masa umi ku yg buat.skali makan terus nak lagi.so, bila aku bwk 3 biji labu dari kelantan, aku buatlah cekodok tu kat kl..mmg  keluarga mertuaku makan. tetapi hubbyku tak mkn pun. Dia susah betul nak mkn benda yang baru..berbeza dengan ayahku yang mmg suka cekodok..tak kisahlah cekodok ap...

Sejak menetap kat kl ni,jeput dipanggil cekodok....hehehehe....mcm mn yer  nak buat cekodok labu???senang jer cara nak buatnya sama seperti nak buat cekodok pisang. bahan-bahannya ialah labu, tepung gandum, telur, baking powder dan gula.Cara nak membuatnya ialah potong n rebus labu sehingga empuk. Kemudian mskkan bahan2 tadi.then dah blh goreng,simple kan????sedap dimakan walau dimana jua berada...

                                      cekodok labu goreng

Sebenarnya dah lama aku tak berbaking. sejak kahwin mmg tak der langsunglah coz kat umah tak der oven n mixer.tapi skrang semuanya ada...akulah orang yg paling gembira bila dapat oven n mixer.aku pun meneruskan aktiviti baking ku dengan mencuba apam pokaldot. aku tidaklah gemar sgt mkn apam pokaldot tapi disebabkan kecomelan apam itu, aku pun cubalah dengan adik ipar.... aku ambik resepi apam ini dari internet. ini resepi apam pokaldot:


BAHAN-BAHAN :

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ etc
pewarna

CARA-CARA:

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Aku pun buatlah apam pokaldot ikut resepi ni..mmg teruja aku n mirah buat apam pokaldot ni..lepas satu adunan yang siap dimasak,aku pun angkatlah dari pengukus....alahai,knape apam ku jadi begini????apam pokaldot ni jadi bantat n warna pokaldotnya tak lawa...tak per, ni br percubaaan..aku positivekan diri...aku pun rasalah.ad rasa apam tapi keras...hhuhuhuhu

   Inilah hasil apam yg jadi tak jadi....
          
Itu apam pokaldot yang aku buat pada hari sabtu minggu lepas,hari ni aku try lagi dengan ubah resepi asal kepada resepi yg aku campur adukkan dgn resepi lain.aku dengan penuh bersemangat buat apam ni seorang diri...lps mix semua bahan2 tu, aku pun mula berpiping...alhamdulillah,mmg cantik sgt apam sebelum kukus... tapi selepas kukus, lain plak hasilnya...terus tiada warna..tapi rasanya sedap n lembut..

     Sebelum kukus


                                               Selepas kukus 

Aaaaaarghhhh, kenapa plak jadi mcm ni??????di mana silapku???aku pun cuba tgk semula resepi apam pokaldot yg asal..rupa-rupanya aku tersilap sukatan baking powder. Aku pun buat semula apam pokaldot tu tanpa ubah ape2 resepi tu. kerana aku hairan bila aku buat hari tu tidak menjadi.semua org buat jadi..aku berselawat byk2 n berdoa agar apam pokaldot yg aku buat kali ketiga menjadi. Alhamdulillah, akhirnya jadi jgak apam pokaldot. Syukur sgt2..

                                             done............
Pada 5.5.2012, kami pergi ke Pesta Buku Antarabangsa kat pwtc. Awal2 pagi lagi kami datang. hari ini adalah hari kedua last. mmg ramai sgt org yg dtg kat PWTC. Sebenarnya ini kali kedua aku pergi. Sblm ini aku pergi dgn abg jer. kali ini aku pg dgn abg, ummi, and baby. mmg banyak kami borong buku2 kat sana. adik lebih memilih novel.tambahan lagi ada plak novelis yg dtg pada hari nitu. so, kami ambil peluang bergambarlah. 


Novelis Norhayati Berahim

Novelis Ramli Awang Murshid
Novelis Siti Rosmizah



Ustaz Amal
Ustaz Kazim Elias

Novelis Sri Diah
Pakar motivasi- Dr HM Tuah




Novelis Emma Maizura
Novelis Damya Hanna

Abg dah kepenatan nak berjalan. duduk jer kat tgh2 laluan tu.




 Menantu & Mak mertua


Selepas kami balik dari Pesta buku, kami pun pergi mkn kar Restoran Nasi Arab. Semuanya dah kepenatan n aku pun tak larat dah nak msk.


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...