Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Pada 13.10.2012, Konvokesyen Achik yang diadakan di Perak. Pada waktu ini, aku sedang mengandung. Tapi perut aku tak nmpak lg. Konvo Achik hari sabtu pagi, so aku n hubby bertolak kul 1pg ke Perak kerana aku still keje hari jumaat. bila dah sapa Perak, terus pergi kt tempat konvo Achik. Tapi kami mmg penat sgt2 tambah2 lagi my hubby yg drive tanpa henti. pada waktu ini, Alang tak dapat ikut kerana tgh dalam minggu final exam. Tahniah Achik...


My family
My sis-ACHIK
My dad
My mum






















































Sebenarnya aku tidak tahu pun yang  aku ni mengandung...maklumlah sejak kahwin bln 3 hari tu aku jadi mengharap untuk dapat baby...bila dtg period, frust + nangis....my hubbylah yg pujuk,kata tak der rezeki...so, selepas tu mmg aku tak mengharaplah...ad rezeki,aderlah....aku start keje kat FIM 18.7...kena check pregnancy test,resultnya negatif. So, aku pun rileks jer sbb tahu keputusannya negatif.ms bulan puasa, still boleh puasa penuh...kwn2 aku plak rasa hairan.... diaorg suruh pergi check kot2 ad berita gembira tapi aku ni kan jenis malas...so biarlah dl....kwn aku farisya yg tlg belikan pregnancy test n terus paksa aku test kat pejabat..nak tahu ap keputusannya?????


                 nampak tak??? double line...maknanya????

aku pun tak tahu apa nak gmbarkan..rasa seronok sgt2,...balik tu trs bgtau hubby..dia pun rasa gembira sgt2....terus call umi n abah kat kelantan dan ummi n walid kat kl ni....ni adalah cucu pertama untuk kedua2 keluarga....aku jadi tak ketahuan apa barang baby yg nak disediakan,ap yg patut dibuat sbg seorang ibu..yerlah tak der pengalaman lagi kan....tapi yg penting kena buat buku merah.....

Apabila kandungan masuk 12 minggu,aku pun pergi Klinik Kesihatan Selayang Baru untuk buka buku merah....my hubby mmg sentiasa menemaniku..pada masa ni, doktor pun scan perutku..alhamdulillah dah nmpak dah kepalanya,kaki baru ad sedikit...heheheheh...3 bulan pertama ni sgt2 penting kerana baby belum cukup kuat lg....proses pada hari tu agak lama jgak....selesai semua urusan, my hubby tlg hantarkan ke tempat kerja...


                         baby  pada usia 12 minggu
SALAM JUMAAT KAWAN2...Alhamdulillah, syukur kpd Ilahi kerana masih lg bernafas pada hari jumaat yg merupakan penghulu segala hari...semoga hari ini, kita sama2 mendapat keberkatan dari-NYA....hari jumaat adalah hari yang membolehkan kita mendapat byk pahala kerana hari jumaat adalah hari yang mulia. 

Jadi kita sama2 manfaatkannya kerana kita tidak tahu samada kita berkesempatan lagi atau tidak untuk bertemu pada hari jumaat berikutnya. kawan2 sudah potong kuku ke?Dgn memotong kuku pada hari isnin, khamis atau jumaat, dengan senang kita mendapat pahala. tapi tahukah cara memotong kuku mengikut sunnah Rasulullah...Di sini saya ingin kongsi dengan kawan2 cara memotong kuku mengikut sunnah Rasulullah..semoga ia dijadikan turutan kita semua..


MARILAH KITA BERAMAL DGN DOA-DOA INI.....


























Kebanyakan umat Islam berpuasa hari ini kerana fadhilatnya amat besar..aku pun puasa jgak hari ni...walaupun berpuasa, semangat berbaking ku tak pernah luntur...hari ini aku cuba resepi muffin plak...nak buat muffin aper yer???mula2 kita try buat muffin coklat lah dl coz aku suka coklat...lgpun ini first time nak guna oven baru...hehehhe....

Alhamdulillah, semasa pembuatan muffin, segalanya berjalan lancar. betullah kata orang, buat muffin ni macam buat cekodot..cara membuatnya amatlah senang...aku ingatkan rumit sgt nak buatnya..nmpaknya aku blh lah cari byk lg resepi baru yg aku blh try n error...lgpun line internet kat sini laju sgt. berbeza dgn line kat kg aku....Di sini aku nak share resepi muffin coklat yg aku ambik dari internet...resepi ini mmg menjadi...

Bahan-bahan ( 10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1. Antara bahan-bahan yang diperlukan
2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
5. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
7. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Bahan2 utk muffin coklat


Muffin yang dibakar


 Muffin yang sudah siap


SELAMAT MENCUBA YER SEMUA.....kerana semangatku yang tinggi dalam berbaking hari ni,dlm tak sedar aku buat 2 jenis muffin lagi iaitu muffin vanilla dan muffin coklat chip...rasa macam tak percaya plak...tgk kpd bentuknya,mmg menjadilah tapi tak taulah rasa mcm mn coz aku kan puasa...mmg senang buat muffin ni...korang pun blh buat jgak.

vanilla muffin 


Done vanilla muffin


                                      Coklat chip muffin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...