Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Sebenarnya dah lama aku tak berbaking. sejak kahwin mmg tak der langsunglah coz kat umah tak der oven n mixer.tapi skrang semuanya ada...akulah orang yg paling gembira bila dapat oven n mixer.aku pun meneruskan aktiviti baking ku dengan mencuba apam pokaldot. aku tidaklah gemar sgt mkn apam pokaldot tapi disebabkan kecomelan apam itu, aku pun cubalah dengan adik ipar.... aku ambik resepi apam ini dari internet. ini resepi apam pokaldot:


BAHAN-BAHAN :

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ etc
pewarna

CARA-CARA:

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Aku pun buatlah apam pokaldot ikut resepi ni..mmg teruja aku n mirah buat apam pokaldot ni..lepas satu adunan yang siap dimasak,aku pun angkatlah dari pengukus....alahai,knape apam ku jadi begini????apam pokaldot ni jadi bantat n warna pokaldotnya tak lawa...tak per, ni br percubaaan..aku positivekan diri...aku pun rasalah.ad rasa apam tapi keras...hhuhuhuhu

   Inilah hasil apam yg jadi tak jadi....
          
Itu apam pokaldot yang aku buat pada hari sabtu minggu lepas,hari ni aku try lagi dengan ubah resepi asal kepada resepi yg aku campur adukkan dgn resepi lain.aku dengan penuh bersemangat buat apam ni seorang diri...lps mix semua bahan2 tu, aku pun mula berpiping...alhamdulillah,mmg cantik sgt apam sebelum kukus... tapi selepas kukus, lain plak hasilnya...terus tiada warna..tapi rasanya sedap n lembut..

     Sebelum kukus


                                               Selepas kukus 

Aaaaaarghhhh, kenapa plak jadi mcm ni??????di mana silapku???aku pun cuba tgk semula resepi apam pokaldot yg asal..rupa-rupanya aku tersilap sukatan baking powder. Aku pun buat semula apam pokaldot tu tanpa ubah ape2 resepi tu. kerana aku hairan bila aku buat hari tu tidak menjadi.semua org buat jadi..aku berselawat byk2 n berdoa agar apam pokaldot yg aku buat kali ketiga menjadi. Alhamdulillah, akhirnya jadi jgak apam pokaldot. Syukur sgt2..

                                             done............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...