Sabda Rasulullah saw,"Pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kpd Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yg dibukakan Allah padanya 300 pintu rahmat & diampunkan Allah sekalian org yg tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, orang2 yg kekal di dalam zina, orang yg kekal minum arak & orang yg durhaka terhadap ibubapa.
Sabda Baginda lagi, “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yang begini sehinggalah terbit Fajar “.
Imam Syafi‘e berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban. Daripada Saidina Umar Abdul Aziz r.a, beliau menulis kepada pegawainya di Basrah:
"Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha."
- Pada malam Nisfu Syaaban memperbanyakkan istighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. Maksud doanya:
"Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan."
- Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya:
"Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)"
- Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang).
"Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih"
Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya.
- Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun).
"La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun"
Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir.
- Membaca Al-Quran.
- Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu:
"Subhanarob biyal a’ala"
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.
"Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim" Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.
"Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem".
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.
- Membaca Salawat Atas Nabi:10 atau 100 kali pagi dan petang.
"Allahhummasolli ‘ala Muhammad"
- Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
- Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.