Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Kebanyakan umat Islam berpuasa hari ini kerana fadhilatnya amat besar..aku pun puasa jgak hari ni...walaupun berpuasa, semangat berbaking ku tak pernah luntur...hari ini aku cuba resepi muffin plak...nak buat muffin aper yer???mula2 kita try buat muffin coklat lah dl coz aku suka coklat...lgpun ini first time nak guna oven baru...hehehhe....

Alhamdulillah, semasa pembuatan muffin, segalanya berjalan lancar. betullah kata orang, buat muffin ni macam buat cekodot..cara membuatnya amatlah senang...aku ingatkan rumit sgt nak buatnya..nmpaknya aku blh lah cari byk lg resepi baru yg aku blh try n error...lgpun line internet kat sini laju sgt. berbeza dgn line kat kg aku....Di sini aku nak share resepi muffin coklat yg aku ambik dari internet...resepi ini mmg menjadi...

Bahan-bahan ( 10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1. Antara bahan-bahan yang diperlukan
2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
5. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
7. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Bahan2 utk muffin coklat


Muffin yang dibakar


 Muffin yang sudah siap


SELAMAT MENCUBA YER SEMUA.....kerana semangatku yang tinggi dalam berbaking hari ni,dlm tak sedar aku buat 2 jenis muffin lagi iaitu muffin vanilla dan muffin coklat chip...rasa macam tak percaya plak...tgk kpd bentuknya,mmg menjadilah tapi tak taulah rasa mcm mn coz aku kan puasa...mmg senang buat muffin ni...korang pun blh buat jgak.

vanilla muffin 


Done vanilla muffin


                                      Coklat chip muffin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...