Doaku untuk anakku

" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Pada 3.2.2013,  aku pergi ke Poliklinik Umra kat Seksyen 13. Pada masa ni baby dah 31 weeks... sebenarnya aku tak buat appointment pun dgn klinik ni tapi last2 minute aku dapatkan appointment. Ceritanya mcm ni, mmg kami dah lama nak buat scan 3d/4d tapi nak tunggu dlm 32weeks... aku pun searchlah internet kat mana nak buat scan 3d/4d. Rupa-rupanya kandungan 26 weeks-30weeks adalah masa yang sesuai untuk buat scan 3d/4d. Ini kerana pada waktu ini, baby tidak besar sgt n mudah nampak..

Aku dah rasa down sedikit sbb aku dah 31weeks. aku pun startlah mencari n menelefon klinik yg tawarkan scan 3d/4d. kebanyakan klinik kena buat appointment untuk scan 3d/4d. Klinik yg pertama aku call ialah Klinik Fauziah kat Jalan Ampang. Nurse kat sana bagi no hp sonographer iaitu Ms Jezzlyn. Bila call Miss Jezz tak dapat, so aku just msg jerlah. Tapi dalam msg tu, aku bgtaulah yg aku berharap sgt dapat buat scan 3d/4d ni coz kandungan dah 31 weeks. 

Sementara nak dapat respon dari Miss Jezz,aku call klinik lain..Ada klinik yg dah tak terima aku sbb kandungan dah 31 weeks, ad yg mahal sgt bayarannya...aku rasa sedih sgt2 n terasa down. Akhirnya dapat msg daripada Miss jezz yg dia ad kat Shah Alam esoknya, appoinment dah full tapi boleh diselitkan.. Alhamdulillah, syukur sgt...Kami sampai kat poliklinik Umra kul 8.45pg. bila dah sapa, aku pun isi borang dl sbb first time dtg ke sana...org tak ramai lagi n kami dpt giliran pertama.





Tepat kul 9pg, nama aku dipanggil untuk scan. nerves jgaklah..harap2lah anak mama tak malu2 nak tunjuk muka yer...Sonographer, Miss Jezzlyn mmg permah n baik... Dia pandai nak memujuk baby...Sesi scan bermula, tapi agak susah jgak nak melihat muka baby sbb time baby tidur...lg satu, kepala baby besar sgt, ssh baby nak bergerak...siap Miss Jezz pujuk baby suruh bgn..."adik, bgnlah syg....adik, bgnlah...."hahaha, baby ni sedap jer tido kroooh krooh....lg satu, Miss Jezz ckp, tembamnya anak u ni....Ya allah, aku tak tau nak gambarkan mcm mn perasaan aku bila tgk baby yg ada dlm kandungan aku tu....

Miss jezz still berusaha memujuk baby n mendapatkan gmbar yg terbaik. Sampaikan aku terpaksa scan untuk kali ke-2. Miss Jezz suruh aku berjalan-jalan2 dahulu agar nati baby bgn n aktif...aku pun tepuk2 n usap perutku agar baby bgn dari krooooh kroooh...Bila scan kali ke-2 tu, baby tak nak bgn lagi jgak,tapi aku tahulah jantina baby aku ni..yg tu tak segan plak baby tunjuk...nakal btul anak mama ni...2 kali scan sblm ni mana nmpk jantinanya...dop kepit jer....Tapi gmbar muka baby tak nmpak sgtlah sbb baby dah bsr...tapi blhlah nmpak sebelah mukannya jer.

Hisap jari plak anak mama ni.....

muka segan nak tunjuk tapi tgk mulut tu...muncung jer....nakal anak mama ni

tembamnya anak mama ni.....mata tertutup plak...bgnlah syg, mama nak tgk muka ni

inilah gambar yg paling jelas nmpk gambar baby...baby segan silu nak tunjuk muka kat mama n papa...


Di sertakan sekali dengan detail baby kita...tapi aku tak fhm pun ape2...yang tahu, berat baby 1.98kg, bacaan heartbeat, air ketuban dan kedudukan uri semuanya ok.Pakej ini sgt2 berbaloi kerana harganya RM100 je,siap bagi cd dan gambar yg diprint. Di sini aku sertakan jgak video baby...tgklah mcm mn nakalnya anak mama ni, dahlah malu2 kucing nak tunjukkan muka kat mama & papa, tapi siap buat mulut lg dlm video tu.




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...